Tip Berpuasa Sempena Bulan Ramadan

Tip Berpuasa Sempena Bulan Ramadan

Kedatangan bulan Ramadan yang tidak lama lagi pastinya membuat pembaca GLAM di luar sana tidak sabar untuk menyambut bulan penuh rahmat ini! Mari kita lihat tip berpuasa bagi membantu kita semua mengharungi Ramadan mulia ini.

Bulan Ramadan merupakan bulan kesembilan dalam kalendar islam. Pada bulan ini semua umat Islam di seluruh dunia melaksanakan ibadah puasa. Puasa merupakan salah satu dari lima rukun Islam. Puasa Ramadan merupakan kewajipan bagi setiap Muslim yang telah mencapai kematangan, berakal sihat dan tidak mempunyai komplikasi lain yang membuatkan seorang itu tidak boleh untuk puasa.

Selama bulan Ramadan, umat Islam berpuasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Sepanjang tempoh ini, mereka menahan diri dari makan, minum, merokok dan perbuatan tertentu yang dianggap membatalkan puasa. Puasa di bulan Ramadan bukan hanya menahan diri dari kelaparan tetapi ia juga merupakan praktis untuk mengawal diri dari perbuatan yang buruk. Bulan ini sebaiknya dihiasi dengan perkara dan aktiviti yang meningkatkan ibadah dan munasabah diri untuk menjadi lebih baik. Selain itu, bulan Ramadan juga dianggap sebagai bulan di mana Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Malam Lailatul Qadar, yang merupakan malam yang lebih baik dari seribu bulan juga terjadi pada bulan Ramadan.

Disamping itu, dalam mengharungi bulan puasa ini pasti ada di antara anda yang cepat lesu dan tidak bertenaga. Ini membuatkan anda kurang bermotivasi untuk berpuasa. Kita perlu kuat dan tabah menahan ibadah puasa kerana ramai lagi sedara sesama islam kita di luar sana yang tidak makan dan berlapar demi meneruskan hidup. Ibadah puasa juga mengajar kita semua erti bersyukur dan merendah diri.

See also
'Road Trip' Yiu Lin Dan BFFs Bersama Volvo C40 Recharge Pure Electric

Ketahui 7 Tip Berpuasa Semperna Bulan Ramadan Supaya Anda Kekal Cergas dan Aktif

1.BERSAHUR ITU PENTING!

Tip Berpuasa

Sumber imej dari Google

Ramai di antara anda tidak bangun sahur dengan alasan tidak mempunyai selera makan dan malas. Perbuatan ini seterusnya memberi kesan kepada puasa anda dan membuatkan anda tidak bertenaga dan lesu sepanjang hari. Bersahur boleh membantu memberikan tenaga dan nutrisi yang diperlukan tubuh sepanjang hari. Ini membantu menghindari kelelahan dan kelaparan selama berpuasa. Selain itu, kebaikan sahur adalah ia menjaga kesihatan kita. Bersahur dengan menu yang seimbang dan bernutrisi membantu menjaga kesihatan fizikal dan mental. Memilih makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks, protein, serat serta vitamin dan mineral dapat memberikan kestabilan tenaga dan mengoptimalkan fungsi badan.

2. HIDRASIKAN DIRI

Tip Berpuasa

Sumber imej dari Google

Hidrasi memiliki peranan yang sangat penting ketika berpuasa. Ini penting kerana dalam mengerjakan ibadah puasa, tubuh kehilangan cecair badan melalui peluh, pernapasan, dan urin. Hidrasi yang baik membantu mencegah dehidrasi, Dehidrasi akan menyebabkan kelelahan, pening dan masalah kesIhatan lain. Fungsi lain hidrasi adalah untuk menjaga keseimbangan elektrolit. Cecair badan juga penting untuk menjaga keseimbangan elektrolit dalam tubuh seperti natrium, kalium dan magnesium. Keseimbangan elektrolit yang baik diperlukan bagi otot, saraf, dan seluruh sistem tubuh berfungsi dengan baik.

See also
GLAM Deko April 2020 - Edisi 63

3. REHAT DAN TIDUR SECUKUPNYA

Tips berpuasa

Sumber imej dari Google

Ketika berpuasa, kita perlu dapatkan rehat dan tidur secukupnya. Dua aktiviti seperti dinyatakan tadi penting kerana ia akan memudahkan proses pencernaan. Tidur yang cukup dapat memudahkan proses pencernaan makanan yang di ambil selama sahur dan berbuka. Proses pencernaan yang efisien membantu menghindari masalah pencernaan selama berpuasa. Selain itu, tidur dan rehat juga membantu dalam keseimbangan hormon. Tidur yang cukup bertujuan untuk menjaga keseimbangan hormon dalam tubuh. Hormon-hormon seperti Ghrelin dan leptin yang berkait dengan rasa lapar dan kenyang dapat dipengaruh oleh kekurangnan tidur.

4. KURANGKAN PENGAMBILAN KAFEIN

Tip Berpuasa

Sumber imej dari Google

Anda di luar sana semestinya meminati minuman berkafein tapi tahukan anda, kafein ini perlu dielakkan pada bulan puasa. Antara sebabnya adalah kafein dapat memengaruhi kualiti tidur. Selama bulan puasa, kualiti tidur dan berehat sangat penting. Tidur yang cukup dapat membantu menjaga tenaga dan kesihatan mental semasa bulan puasa. Mengurangkan kafein dapat membantu seseorang untuk tidur lebih baik. Selain itu, beberapa penyelidik menunjukkan bahwa kafein dapat memengaruhi kadar gula dalam darah. Selama berpuasa, menjaga kadar gula dalam darah supaya stabil menjadi keutamaan dan mengurangkan pengambilan kafein dapat membantu. Gula yang berlebihan membolehkan individu itu terkena pernyakit yang berbahaya seperti Diabetes.

5.JANGAN GELOJOH KETIKA SAHUR DAN BERBUKA

Tip Berpuasa

Sumber imej dari Google

Tabiat gelojoh adalah perkara yang perlu dihindari ketika berpuasa. Dengan pengambilan makanan yang seimbang dan berserdahana sistem penghadaman akan menjadi lebih nyaman dan sihat. Gelojoh akibat rasa lapar yang terlalu kuat dapat menyebabkan ketidakselesaan secara fizikal dan mental. Hal ini dapat mengganggu penumpuan dan fokus untuk melakukan pekerjaan, aktiviti seharian dan juga yang paling penting beribadah.

See also
Inspirasi Busana Ramadhan Ilham Massimo Dutti

6. MENGISI MASA DENGAN PENGISIAN YANG BERFAEDAH

Tip Berpuasa

Sumber imej dari Google

Mengisi aktiviti harian dengan perkara yang berfaedah selama bulan Ramadan mempunyai beberapa manfaat yang sangat besar. Aktiviti yang baik juga memberikan impak yang baik dari perspektif rohani. Kestabilan rohani juga penting bagi setiap invididu dan perlu diambil berat. Kita digalakkan melakukan perkara yang berfaedah agar kitab oleh membersihkan diri kita. Ibadah. Melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah dapat membantu meningkatkan kesadaran diri terhadap nilai-nilai agama. Dengan aktiviti dan pengisian berguna badan kita tidak akan mudah letih dan lesu. Masa yang ada digunakan dengan baik dengan aktiviti yang bermanfaat kepada diri sendiri.

7. LAKUKAN SENAMAN RINGAN

Tip Berpuasa

Sumber imej dari Google

Senaman Ringan seperti berjalan kaki dapat membantu menjaga tenaga dan mengurangkan rasa mengantuk ketika berpuasa. Senaman yang dilakukan tidak perlu berat dan susah. Peluh yang dihasilakn ketika bersenam ringan sudah cukup baik pada badan dan kesihatan kita. Melakukan aktiviti senaman ringan ketika berpuasa dapat mencerdaskan otak dan menyihatkan badan. Aktiviti seperti senaman mengurangkan rasa lesu dan letih pada tubuh badan kita yang berpuasa.