Tiga Jenama Lokal Reka Busana Buat Longines - Page 2 of 3 - Glam Malaysia

Tiga Jenama Lokal Reka Busana Buat Longines

Ambersze, Innaired dan Nurita Harith dijemput untuk mereka busana khas yang diinspirasikan daripada jam tangan monokrom Longines DolceVita dan La Grande Classique de Longines.

Ambersze, Innaired dan Nurita Harith merupakan label feysen yang cukup kuat karakter kewanitaanya. Lantas ia membuka satu jemputan khas daripada Longines dan GLAM untuk melakar satu sejarah fesyen tanah air. Ia selari dengan pelancaran jam tangan monokrom Longines. Maka tiga jenama elegan ini dipilih bagi mereka busana khusus yang diideakan daripada Longines DolceVita dan La Grande Classique de Longines.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

INNAIRED

Melihat gaya yang selalu dipersembahkan oleh Innaired, semuanya bersifat kontemporari dan masih kekal feminin. Juga kekuatan Innaired dan Izrin Ismail adalah bijak dalam memberikan pilihan gaya elegan yang tidak lapuk dek zaman. Ia mencerminkan juga kod gaya Longines buat jam tangan Longines DolceVita, yang mana rekaan dikira cukup kontemporari tatkala diperkenalkan pada 1992. Innaired menfasirkan jam tangan monokrom Longines DolceVita ini adalah paduan antara feminin dan maskulin. Lantas pilihan busananya adalah top feminin digayakan dengan seluar serta hiasan pinggang berbentuk kelopak bunga.