The Exchange TRX: Lokasi Libur Terkini di Kuala Lumpur - Glam Malaysia

The Exchange TRX: Lokasi Libur Terkini di Kuala Lumpur

Kumpulan hartanah dan infrastruktur antarabangsa, Lendlease, bakal membangunkan pusat gaya hidup baharu di Kuala Lumpur, The Exchange TRX, yang berkeluasan 17 ekar.

The Exchange TRX adalah merupakan sebuah presint gaya hidup yang berlokasi di tengah-tengah kawasan pembangunan baru iaitu Tun Razak Exchange, pusat kewangan dan gaya hidup terancang induk pertama Malaysia yang dimodelkan selepas Canary Wharf di London, Marina Bay di Singapura dan Pusat Kewangan Antarabangsa di Hong Kong. 

Memiliki visi secara global, dan cita rasa antarabangsa dalam mereka bentuk pembuatan tempat serta mengikut piawaian kemapanan, The Exchange TRX, turut menempatkan Kimpton Hotel yang pertama di Malaysia, enam menara kediaman utama, pejabat gaya kampus dengan plat lantai besar dan bertingkat rendah, destinasi peruncitan serta pelbagai lagi tawaran budaya dan isian masa lapang disediakan di sini. 

Presint ini menawarkan pengalaman sosial yang mengasyikkan dengan lebih 400 kedai berbentuk gaya hidup, hiburan, tempat makan, kedai berkonsep serta stor jenama baharu, yang dikelilingi taman awam seluas 10 ekar yang dikenali sebagai Taman Bandar TRX.

See also
Fairmont Jaipur, Destinasi Penginapan Mewah Dengan Keunggulan Seni Bina Dan Budaya

The Exchange TRX memiliki matlamat untuk menjadi penanda aras destinasi beli-belah di Kuala Lumpur yang menampilkan pengalaman membeli-belah di stor terkemuka setanding dengan destinasi runcit terkenal di peringkat global. 

Melalui bual bicara The Peak Malaysia bersama Mitch Wilson, Pengarah Projek The Exchange TRX serta Ketua Peruncitan di Lendlease Malaysia berkongsi dengan lebih lanjut tentang pusat sosial terbaru Kuala Lumpur ini.

 

Pautan Berkaitan: The Exchange TRX Presint Kuala Lumpur Bertaraf Dunia