Use your ← → (arrow) keys to browse
Jelas pemenang Oscar ini dalam satu wawancara, kekal berada dalam karakter sebagai Miranda Priestly, Ketua Editor majalah Runway yang dingin dan kejam sepanjang penggambaran membuatkan dirinya sengsara.
“Ia sangat teruk! Saya berada di dalam treler dan boleh mendengar pelakon lain bergelak ketawa di luar. Saya sangat tertekan! Saya katakan kepada diri sendiri, ‘Inilah harga yang perlu dibayar kerana menjadi bos’. Itulah kali terakhir saya melakonkan stail Method!” ujarnya.
Pelakon gandingannya, Anne Hathaway dan Emily Blunt turut berkongsi pengalaman mereka bekerja dengan Meryl di set penggambaran.