Use your ← → (arrow) keys to browse
Bintang legenda, Meryl Streep baru-baru ini mendedahkan peranan ikoniknya sebagai Miranda Priestly dalam The Devil Wears Prada membuatkan dia terjerumus dalam depresi.
Akui Meryl, tekanan yang dihadapinya terlalu hebat sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi menerima watak yang memerlukan lakonan Method.
Stail lakonan penuh kontroversi ini memerlukan pelakon untuk berada dalam karakter dari saat mula penggambaran sehinggalah tamat, yang boleh mengambil masa berbulan-bulan.
Daniel Day-Lewis, Christian Bale, serta Heath Ledger merupakan antara selebriti Method popular, dan Meryl juga pernah mencuba stail lakonan ini.