Terokai Masa Depan Teknologi di Unfold Club, The Exchange TRX
Kuala Lumpur kembali meriah dengan acara teknologi yang menjadi bualan ramai. Bermula 18 hingga 28 September 2025, Unfold Club dibuka di Raintree Plaza, The Exchange TRX, memperkenalkan pengalaman megah yang menggabungkan teknologi pintar, hiburan, kesihatan dan gaya hidup.
Sejak melangkah masuk, pengunjung disambut dengan terowong berbentuk Z yang futuristik. Ia bukan sekadar laluan, tetapi simbol kepada perjalanan baharu yang dibawa oleh Galaxy AI. Di sinilah pengunjung berpeluang untuk tahu tentang Gemini Live, pembantu pintar generasi seterusnya yang boleh berinteraksi, berbual dan bertindak sebagai sidekick peribadi dalam kehidupan harian.
Galaxy Z Series

Antara tarikan utama Unfold Club sudah tentu siri baharu Galaxy Z. Galaxy Z Fold7 tampil dengan kamera 200MP yang memberikan hasil imej luar biasa, sesuai untuk mereka yang gemar menghasilkan kandungan dengan kualiti sinematik.
Sementara itu, Galaxy Z Flip7 kekal sebagai peranti gaya hidup dengan reka bentuk fleksibel dan keistimewaan FlexCam, ciri ikonik yang membolehkan rakaman foto atau video dari pelbagai sudut tanpa tripod tambahan. Siri ini ditawarkan dalam pilihan warna moden seperti Blue Shadow, Coral Red, Jetblack dan Mint (eksklusif dalam talian), dengan harga bermula RM4,999.
Bagi mereka yang mahukan variasi lebih ringan, Galaxy Z Flip7 FE turut tersedia dengan harga mampu milik bermula RM3,999.
Galaxy S25 Series

Tidak ketinggalan, Galaxy S25 Series turut dipamerkan di acara Unfold Club sebagai simbol inovasi kamera terkini Samsung. Model ini hadir dengan keupayaan zoom yang sangat berkuasa, memberikan pengalaman fotografi yang sukar ditandingi.
Digabungkan bersama teknologi Galaxy AI, telefon ini mampu mengubah cara kita menangkap dan mengolah gambar. Ciri seperti Generative Edit memudahkan suntingan kreatif, manakala Audio Eraser membantu menghasilkan video lebih kemas tanpa bunyi latar mengganggu. Dengan Galaxy S25, pengguna bukan sekadar merakam memori tetapi benar-benar mengubahnya menjadi karya yang memukau.
Lebih dari sekadar telefon pintar

Samsung juga memberi perhatian kepada gaya hidup sihat melalui Galaxy Watch. Direka penuh warna dan bertenaga, jam ini membantu pengguna menjejak aktiviti, mengawal kecergasan dan kekal mindful dalam kehidupan seharian.
Bagi pengunjung yang sukakan keseronokan, Galaxy Claw Machine menjadi tarikan utama dengan peluang memenangi hadiah eksklusif. Manakala pada hujung minggu terpilih 19 – 21 dan 27- 28 September, dari 10 pagi hingga 10 malam bengkel aksesori khas diadakan untuk mereka yang ingin menghasilkan sentuhan peribadi pada aksesori Galaxy.
Promosi Eksklusif Unfold Club Sepanjang September
Bagi yang sudah bersedia menaik taraf peranti, Unfold Club turut menawarkan promosi menarik. Hingga 30 September 2025, pembeli Galaxy Z Series akan menerima naik taraf storan berganda tanpa caj tambahan.
Ini bermakna, pembelian model 256GB akan dinaik taraf ke 512GB, manakala model 512GB akan menerima storage 1TB, nilai tambahan yang cukup besar bagi mereka yang aktif dengan foto, video dan aplikasi harian.
Unfold Club: Destinasi teknologi & gaya hidup

Keseluruhan pengalaman di Unfold Club di The Exchange TRX membuktikan bahawa teknologi kini bukan sekadar tentang telefon pintar, tetapi bagaimana ia menyatu dengan kehidupan seharian. Dari Gemini Live yang memudahkan interaksi, kamera zoom Galaxy S25, hingga gaya hidup sihat dengan Galaxy Watch, setiap sudut Unfold Club dirancang untuk menginspirasikan pengunjung.
Bagi yang sentiasa mencari sesuatu yang baharu, futuristik dan bergaya, inilah masa terbaik untuk merasai sendiri bagaimana Galaxy AI mengubah dunia. September ini, masa depan sudah tiba dan ia menanti anda di Unfold Club, The Exchange TRX.
Artikel berkaitan: Samsung Galaxy Z Flip7: Telefon Pocketable Paling Chic!
Farhana Fuad
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.

