Use your ← → (arrow) keys to browse
Dalam perkembangan terbaharu, Putera Harry dan keluarga kecilnya dilaporkan akan terbang ke United Kingdom untuk menghadiri majlis jubli platinum Ratu Elizabeth yang bakal berlangsung pada 2 Jun.
Ia bakal menyaksikan pertemuan pertama Ratu Elizabeth dengan Lilibet, anak perempuan pasangan Diraja Britain yang kini menetap di Amerika Syarikat itu.
Duke dan Duchess of Sussex dilaporkan akan menghadiri acara tersebut namun tidak akan menemani kerabat lain di balkoni istana Windsor semasa upacara Trooping of the Color kerana mereka tidak lagi menjalankan tugas Diraja.