Tampil Dengan Wajah Sembap, Gigi Hadid Lakukan Pembedahan Plastik? - Glam Malaysia
Tampil Dengan Wajah Sembap, Gigi Hadid Lakukan Pembedahan Plastik?

Tampil Dengan Wajah Sembap, Gigi Hadid Lakukan Pembedahan Plastik?

Khabar angin tersebar beberapa hari lalu mendakwa model terkenal yang kini bergelar ibu, Gigi Hadid melakukan pembedahan plastik.

Menerusi video Beauty Secret yang dirakam untuk Vogue, Gigi tampil membuat pendedahan dan meletak noktah pada spekulasi tersebut.

Supermodel ini mengakui wajahnya mengalami perubahan bermula dari kemunculan pertama di karpet merah dan pentas fesyen sehingga ke hari ini. Namun ia bukan disebabkan pembedahan plastik, sebaliknya kuasa solekan.

“Sewaktu kemunculan awal di karpet merah, saya terpaksa merias wajah sendiri kerana tidak mempunyai jurusolek. Dan kini, orang mula membongkar foto lama saya dan membuat perbandingan, ‘Oh, hidung Gigi kelihatan berbeza sekarang berbanding dalam gambar ini’ dan ‘Wajah Gigi sudah berubah,’” ujarnya. Dia membidas, semua itu benar-benar disebabkan kuasa solekan.

“Saya tidak pernah melakukan apa-apa pada wajah sendiri.”

Selama bertahun-tahun bekerja dengan jurusolek terbaik di dalam bidang ini, Gigi mempelajari beberapa teknik solekan seperti ‘kontur di bahagian tertentu’ dan ‘meletakkan bronzer di beberapa bahagian’ untuk menampilkan wajah yang kelihatan lebih berstruktur.

See also
Putera Harry & Archie Jadi Inspirasi Karya Sulung Meghan Markle

Akuinya, sebelum ini disebabkan tiada ilmu dan pengalaman, dia hanya mengenakan solekan di seluruh wajah tanpa sebarang teknik. “Hasilnya, wajah saya kelihatan bulat dan serata sahaja.”

Foto: Vogue/YouTube

Ini bukan kali pertama Gigi dituduh melakukan pembedahan plastik. Mei tahun lalu, dia menangkis khabar angin sewaktu tutorial solekan live Maybelline New York di Instagram.

“Orang di luar sana menyangka saya menyuntik filler di wajah, sebab itulah ia kelihatan bulat. Pipi saya sudah tembam sejak lahir lagi,” katanya.

Buat peminat yang tertanya-tanya, Gigi menegaskan dia tidak pernah menyuntik walau apa pun pada wajahnya untuk tujuan kecantikan.

“Saya tumpang gembira untuk mereka yang melakukan apa sahaja demi kepuasan diri, untuk rasa lebih selesa dan yakin dengan diri sendiri. Namun secara peribadi, ia menakutkan saya. Saya kerap berfikir, bagaimana jika hasilnya lebih teruk?’”

Malah dia juga berkata wajahnya kelihatan sembap sepanjang kehamilan, namun berjaya disembunyikan sewaktu dia berjalan di pentas peragaan Paris, Los Angeles dan New York dari Januari hingga Mac tahun lalu.

See also
Wajib Tonton Netflix: Next In Fashion Kini Kembali!

Gigi dan teman lelaki, Zayn Malik menimang cahaya mata pertama September tahun lalu yang diberi nama Khai.

Foto: Ethan James Green/Vogue

Baca: Gigi Hadid Kini Hamil Anak Zayn Malik