Tahniah! Mimi Lana dan Syafiq Kyle Kini Sah Bergelar Suami Isteri
Tahniah dan selamat pengantin baru dari GLAM Malaysia. Pelakon popular, Syafiq Kyle dan Mimi Lana akhirnya berkongsi berita gembira kepada seluruh peminat mereka apabila kedua-duanya kini sah bergelar suami isteri.
Pasangan ini, yang sering menjadi perhatian peminat kerana kisah cinta mereka yang romantis dan penuh cabaran, akhirnya mengikat janji suci sebagai suami isteri di hadapan keluarga tanpa dihidu pihak media.
Pasangan ini telah melangsungkan pernikahan di kampung halaman Mimi di Taiping, Perak, dalam sebuah majlis yang penuh keintiman. Majlis tersebut diadakan secara tertutup tanpa sebarang pengetahuan media mahupun orang luar. Sebelum itu, Mimi dan Syafiq berkongsi kemanisan detik berharga itu dengan para peminat melalui entri di Instagram masing-masing, memaparkan gambar tangan mereka yang dihiasi cincin, bersama satu lagi gambar mesra berpelukan.
Perkhabaran Syafiq Kyle telah berjaya menawan hati Mimi dan kini hanya menanti waktu yang tepat untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan mereka kini telah menjadi kenyataan.Majlis pernikahan mereka yang berlangsung dalam suasana intim, dihujani dengan ucapan peminat. Peminat serta rakan industri turut membanjiri media sosial dengan ucapan tahniah kepada pasangan ini, yang telah melalui pelbagai fasa dalam hubungan mereka sebelum akhirnya mengukuhkan ikatan cinta di jenjang pelamin. Syafiq Kyle dan Mimi Lana memilih hari penuh keberkatan, Jumaat, sebagai tarikh istimewa untuk menyatukan cintanya dengan Mimi Lana. Dalam suasana yang penuh makna, akad nikah berlangsung dengan lancar, menyaksikan Syafiq melafazkan ijab kabul dengan tenang dan penuh keyakinan. Pemilihan hari Jumaat ini bukan sahaja membawa simbolik keberkatan dalam perkahwinan mereka, tetapi juga menjadi satu permulaan yang indah untuk kehidupan baru sebagai suami isteri.
Pengantin perempuan anggun dalam busana Teh Firdaus dan disolek oleh Fazz Ariffin, manakala Syafiq Kyle dirias oleh Khir Khalid.
Pasangan ini pada awalnya merancang untuk mengikat tali perkahwinan pada 18 Ogos 2023, namun majlis tersebut terpaksa dibatalkan. Tanpa mengungkapkan sebab pembatalan itu, kemudian memaklumkan bahawa mereka kekal sebagai sahabat baik dan terbuka untuk berkolaborasi dalam projek drama atau filem pada masa akan datang.
Artikel Berkaitan: Mimi Lana Mulakan Lembaran Baharu