Use your ← → (arrow) keys to browse
Ramai tertanya-tanya mengapakah cincin pertunangan penyanyi itu berwarna hijau, namun jawapannya telah pun didedahkan dalam surat berita sebelum ini. Akui JLo, hijau adalah warna bertuahnya.
Dalam surat berita itu JLo berkongsi mengapa rona hijau amat istimewa buat dirinya dan menambah, “Saya selalu mengatakan hijau adalah warna bertuah saya. Mungkin anda mengingati beberapa gaun hijau yang saya sarungkan sebelum ini. Saya menyedari terdapat banyak detik hebat berlaku dalam hidup saya ketika memakai hijau.”
Walaupun JLo dan Ben pernah bertunang pada tahun 2002, mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing dua tahun kemudian. Ketika itu Ben melamar JLo dengan sebentuk cincin berlian merah jambu 6.1 karat Harry Winston yang dianggarkan bernilai antara RM5 juta hingga RM11 juta.