Sienna Miller Hamil Anak Kedua Pada Usia 41 Tahun

Sienna Miller Umum Kehamilan Kedua

Pada usia 41 tahun, pelakon filem American Woman dan The City of Lost Z, Sienna Miller hamil buat kali kedua.

Kandungannya menjadi bualan apabila dia dirakam sedang bercuti di St. Tropez bersama teman lelakinya Oli Green. Sienna juga mempunyai seorang anak perempuan Marlowe berusia 10 tahun bersama bekas pasangan Tom Sturridge. Menurut temubual bersama British Vogue tahun lalu, Sienna  gemar menjadi ibu. Katanya, “Ia perkara terbaik yang saya pernah lakukan.”

Sienna Miller Hamil Anak Kedua Pada Usia 41 Tahun

 

Pelakon British Sienna Miller Hamil Anak Kedua

Sienna turut memberitahu Elle U.K. bahawa dia mengambil keputusan untuk membekukan telurnya selepas merasakan tekanan yang besar untuk mempunyai lebih ramai anak pada usia lewat 30-an.

“Biologi sangat kejam terhadap wanita dalam usia tersebut – mungkin sekurang-kurangnya bagi saya. Saya telah capai usia 40-an dan saya membekukan beberapa telur. Saya benar-benar menumpu untuk memiliki bayi sekali lagi, namun bagi saya, jika ia sudah takdir, ia berlaku. Tekanan untuk hamil sekali lagi pun sudah hilang,” katanya.

See also
Iklan Raya Tangkap Emosi Tahun 2024 Yang Wajib Anda Tonton

Sienna Miller Hamil Anak Kedua Pada Usia 41 Tahun

Malah, Sienna juga pernah berbicara tentang kehidupannya sebagai seorang ibu, mengatakan bahawa anak perempuannya, Marlowe “mencabar” dia “dan ibaratkan cermin sebenar.”

“Apabila anda membesarkan seorang kanak-kanak, anda melihat aspek watak anda dalam diri orang itu, dicerminkan kembali, dan ia satu hubungan yang penuh kasih sayang yang saya miliki,” jelas Sienna.

“Tiada tempat untuk bersembunyi. Dia kenal saya, saya kenal dia,” sambung pelakon ini. “Dia seorang yang degil, sama seperti saya. Saya melihatnya sebagai individu sendiri tetapi saya juga melihat perkara genetik. Dia syurgaku, anak saya.”

Sienna Miller atau nama penuhnya Sienna Rosie Diana Miller memulakan kariernya sebagai model. Dia mula berlakon sejak 2004 untuk filem Layer Cake dan Alfie. Sienna juga terkenal sebagai seorang It-Girl yang mana fesyen bohemiannya yang effortless dan chic sering menjadi ikutan fashionista.

Artikel berkaitan: Rihanna Selamat Bersalin Anak Kedua Secara Rahsia