Empat Set Peralatan Makan Malam Mewah Terbaik 2022
Empat Set Peralatan Makan Malam Mewah Terbaik 2022

4 Set Hidangan Mewah Terbaik 2022

Memiliki set peralatan makan mewah lengkap yang terdiri daripada pinggan, mangkuk, piring sisi, sudu dan garfu bersadur perak, serta jug dan gelas yang sepadan adalah dambaan semua. 

pengarang gaya hidup ZUHAIRIE SAHROM foto DIOR, FENDI, HERMÈS & VERSACE

Bagi meningkatkan seri dekorasi lantas menetapkan nada di meja santapan saat melangsungkan majlis makan malam di rumah, GLAM merekomendasikan 4 set hidangan makan malam mewah terbaik untuk menutup tirai tahun ini!

Sekiranya anda mencarikan set peralatan makan malam mewah yang lengkap, lantas mengusulkan tata rias yang meliputi perincian mewah; GLAM membentangkan empat himpunan peralatan makan malam mewah hasil garapan rumah fesyen terkemuka Itali dan Perancis. Bukan sahaja mencitrakan koleksi ceraian pakaian, beg, kasut serta barang kemas; mereka turut menampilkan objek perhiasan bagi memenuhi ruang kediaman impian.

Menawarkan set peralatan lengkap dari pinggan, mangkuk, piring sisi, sudu dan garfu bersadur perak, jag serta gelas; berikut adalah kompilasi himpunan set makan malam mewah terbaik untuk menutup tirai tahun ini. Tidak hanya meningkatkan seri dekorasi di meja santapan, anda bakal bersedia untuk berlibur dengan penuh gaya. Secara tidak langsung, membiaskan sentuhan kelas yang tersendiri selama bertahun-tahun berkat ketukangan pembuatannya yang terperinci. Lantas, kelestariannya terpaku buat majlis makan malam anda yang seterusnya.

See also
Tip Bersahur Untuk Kekal Cergas Sepanjang Hari

Hermès Soleil d’Hermès

Empat Set Peralatan Makan Malam Mewah Terbaik 2022

Memuatkan 24 item porselin daripada bekas gula sehingga mangkuk salad; piring cawan kopi ke pinggan hidangan; Soleil d’Hermès adalah olahan terbaru buat famili set pinggan mangkuk mewah La Table Hermès. Kesemua kepingan pinggan mangkuk Soleil d’Hermès menampilkan konstruksi geometri berdakap keceriaan dan kehangatan rona kuning yang bergaris halus warna hitam dikontraskan dengan berlatarkan rona putih.

Corak abstraknya direka oleh ilustrator Arielle de Brichambaut di bawah naungan Benoît-Pierre Emery; yang merupakan pengarah kreatif La Table Hermès. Koleksi ini adalah yang kedua dicitrakan de Brichambaut, mengikuti barisan Balcons du Guadalquivir yang tampil berani diolah motif geometri dalam warna merah. Juga, penampilan Bleus d’Ailleurs yang hadir dalam hiasan kaleidoskopik rona biru.

Fendi Home Décor O’Lock

Empat Set Peralatan Makan Malam Mewah Terbaik 2022

Dalam melengkapi rangkaian perlengkapan kediaman FENDI Casa, buat julung kalinya FENDI memperkenalkan barisan aksesori serta dekorasi kediamannya. Himpunan eksklusif Home Décor & Lifestyle ini dibawakan hasil bimbingan kreatif Silvia Venturini Fendi yang tampil di suntik identiti juga ketukangan tertinggi maison ini.

See also
Datin X: Socialite KL Bertegang Urat, Tak Bertegur Sapa Walau Berselisih Bahu

Garis estetik seninya memadukan rona bumi, emas dan warna terang seperti warna ikonik Fendi; termasuk warna kuning terang, hijau dan merah jambu lembut tersebar di seluruh koleksi untuk menawarkan palet warna yang seimbang. Meneruskan legasi kod rumah fesyen Fendi, ia turut memperlihatkan logo Fendi Roma yang ikonik dan lambang O’Lock dikontekstualisasikan semula pada set porselin, dulang, bekas lilin dan kotak.

Versace Rosenthal Virtus Gala

Buat penutup tirai 2022, Rosenthal bertemu Versace bagi mengembangkan siri dekorasi lengkap Virtus Gala. Palet rona hitam, putih dan emas digabungkan bersama koleksi pinggan mangkuk yang menerokai estetika Barocco Versace. Diinspirasikan oleh reka bentuk ikonik jenama ini, set peralatan hidangan mewah diperbuat dari porselin baharu merujuk kepada rincian gaun malam yang elegan dan beg tangan Virtus yang sofistikated.

Barocco V yang ikonik dihamparkan pada tengah-tengah barisan pinggan mangkuk, dikelilingi oleh daun acanthus yang bergaya. Campuran dan suai padan pelbagai versi pinggan, cawan, mangkuk, jag dan hadiah yang membarisi Virtus Gala Black dan Virtus Gala White memberikan kontras yang bergaya.

See also
“Hanya Lima Minit Sehari” - Salma Hayek Berkongsi Rahsia Tubuh Seksi

Dior Aquarius

Empat Set Peralatan Makan Malam Mewah Terbaik 2022

Dior Maison membentangkan himpunan pinggan mangkuk meja Aquarius yang dicitrakan oleh Pengarah Artistik Cordelia de Castellane. Diinspirasikan oleh kepelbagaian genus ikan air tawar yang menelusuri sungai mengelilingi kincir air Monsieur Dior di Milly-la-Forêt, siri ini memperjuangkan kedamaian palet rona biru, hijau laut dan kuning.

Menawarkan kepelbagaian jenis objek dekorasi dari kaca dan pinggan mangkuk yang tampil dengan kemasan berkilat, Aquarius membiaskan spektrum cahaya dari pantulan jisim air lantas membingkiskan rasa kedamaian buat dekorasi meja santapan anda. Secara tidak langsung, perinciannya memainkan peranan dalam penciptaan corak ikonik Toile du Jouy yang menambahkan sentuhan keanggunan dalam menjulang pergerakan seni dari pertengahan abad ke-18 ini.

Pautan berkaitan: Transfromasi Mewah Arca Seni Louis Vuitton Les Extraits