Use your ← → (arrow) keys to browse
Glenn Close dalam filem Hillbilly Elegy.
Berlatarbelakangkan perkampungan Appalachia yang berkisar tentang keluarga tiga generasi, filem arahan Ron Howard ini mendapat kritikan sejurus selepas ia ditayangkan.
Ramai berpendapat persembahan Close dan pelakon gandingan, Amy Adam klise dan keterlaluan. Namun yang menerima kecaman paling hebat adalah Close yang memegang watak sebagai Mamaw, seorang nenek yang berjuang habis-habisan untuk mengelakkan keluarganya berpecah-belah.
Selain menawarkan beberapa persepsi tidak jelas yang lebih sesuai dengan stereotaip Appalachian berbanding realiti, Close turut dikritik kerana tidak menjiwai watak. Rambut palsu dan efek solekannya juga dianggap berlebihan.