Use your ← → (arrow) keys to browse
Ditanya mengenai perancangan bulan madu, pasangan itu mendedahkan akan bercuti di Tulum, Mexico selepas selesai urusan kerja di Los Angeles, Amerika Syarikat.
“Insya-Allah saya akan ke Los Angeles atas urusan kerja November ini. Alang-alang berada di sana, kami akan berbulan madu di lokasi impian, Tulum. Rasanya kami akan menghabiskan masa sebulan di AS dan Mexico,” jelas Aizat.
Elyssa turut berkongsi, mereka memilih Tulum sebagai lokasi bulan madu kerana sukakan persekitaran pantai yang tenang dan santai.
“Impian saya adalah untuk memiliki sekolah menyelam dan vila tepi pantai. Jadi Tulum adalah lokasi yang tepat untuk memulakan idea itu,” katanya.