Use your ← → (arrow) keys to browse
Tampil segak dalam baju Melayu rona putih dan sampin songket sedondon, Aizat sempat meluahkan harapannya pada perkahwinan ini dan berkongsi rancangan masa hadapannya.
“Alhamdulillah, ini adalah permulaan baharu buat kami berdua. Selepas ini saya tidak boleh berfikir mengenai diri sendiri sahaja apabila membuat apa-apa perancangan. Kena minta nasihat dan pandangan isteri juga untuk perjalanan seni saya selepas ini.
“Harapan saya dalam perkahwinan ini adalah kami bertanggungjawab terhadap satu sama lain sampai ke hari tua. Saya juga berharap kami dapat membina sebuah rumah tangga yang sihat dari segi agama dan sebagainya,” ujarnya.