Scales of Fortune Di YEN W Hotel Kuala Lumpur

Scales of Fortune, Sajian Penuh Tuah Oleh W Hotel Kuala Lumpur

Sempena Tahun Baru Cina 2025, W Kuala Lumpur mempersembahkan “Scales of Fortune”, satu perayaan yang penuh dengan transformasi dan pembaharuan, seiring dengan kedatangan Tahun Ular.

Konsep “Scales of Fortune” ini diinspirasi daripada tema pembaharuan serta kebijaksanaan zodiak Cina, di mana ular menggugurkan kulit lama dan tampil lebih segar dan kuat. Ia adalah simbol pembaharuan yang memberi isyarat untuk meninggalkan masa lalu dan membuka minda kepada pandangan baru serta peluang yang lebih cerah untuk tahun yang akan datang.

Scales of Fortune di YEN

W Kuala Lumpur mengajak tetamu untuk membuka lembaran baru dengan menikmati pengalaman dan tawaran eksklusif yang tersedia di YEN, sebuah restoran yang menawarkan pelbagai hidangan luar biasa sempena perayaan ini. Di bawah bimbingan Chef Tan Kim Weng, YEN menyajikan gabungan rasa tradisional dan sentuhan moden dalam hidangan Tahun Baru Cina ini.

Setiap hidangan di YEN adalah satu karya seni yang menggabungkan kelazatan dengan inovasi seperti Ayam Panggang dengan Lin Seed, Nasi Kuning dengan Prawn dan Ketam, yang dilengkapi dengan kerak nasi untuk tekstur yang unik, serta Ikan Tiger Grouper Stim dengan Kerang, selasih manis dalam Teo Chew Style yang menonjolkan rasa asli dengan teknik stim yang menjaga rasa asli.

See also
Ikatan Perkahwinan Nad Zainal & Muhammad Faliq Terlerai

Pelbagai Set Menu Reunion yang disediakan bagi memastikan pengalaman makan bersama yang tersayang penuh bermakna antaranya:

  • Treasured Flavour: RM208+ seorang (minimum 2 orang, hanya untuk makan tengah hari)
  • Prosperous Life Forever: RM318+ seorang (minimum 4 orang, tidak termasuk makan malam pada Malam Tahun Baru Cina)
  • The Noble: RM368+ seorang (minimum 4 orang)
  • Double Happiness: RM488+ seorang (minimum 2 orang)

Untuk sambutan yang lebih besar, tersedia menu keluarga yang menakjubkan:

  • Lucky 8 Reunion: RM1,488+ (5 orang) / RM2,888+ (10 orang)
  • LoHei Feast: RM1,888+ (5 orang) / RM3,688+ (10 orang)
  • Firecracker Feast: RM2,288+ (5 orang) / RM4,488+ (10 orang)

Selain itu, untuk pengalaman makan lebih mewah, YEN juga menawarkan hidangan khas di The Great Room, dengan sajian yang merangkumi pilihan seperti Norwegian Salmon Fish Yee Sang dan Wok-Fried Prawns in Fragrant Beijing Chili Sauce, semua disediakan dengan rasa yang luar biasa.

  • Fortune Feast – RM2,088+ per meja untuk 10 orang, tersedia pada Malam Tahun Baru Cina dan Hari Pertama Tahun Baru Cina, 28 Januari 2025 & 29 Januari 2025, dari 6:30 PM – 9:30 PM.
See also
GLAM Profil: Jane Chuck

Tiada sambutan Tahun Baru Cina yang lengkap tanpa hidangan Yee Sang iaitu simbol kekayaan dan kesatuan. Di YEN, mereka menawarkan pilihan Yee Sang yang lebih mewah dengan bahan-bahan premium yang segar:

  • Prosperous Nanyang Vegetarian Yee Sang: Campuran warna-warni dengan Abalone Mushroom Goreng Homemade, dipadankan dengan buah-buahan segar – pilihan sempurna untuk mereka yang memilih hidangan vegetarian.
    (MYR 178/half, MYR 288/full)
  • Premium Jelly Fish Yee Sang: Dengan Korean Snow Pear dan Red Palm Oil, memberikan rasa yang lebih segar dan berbeza.
    (MYR 178/half, MYR 288/full)
  • Norwegian Salmon Fish Yee Sang: Gabungan Szechuan Fish Chips yang dijemur udara dan Golden Salted Egg Fish Skin untuk rasa yang rangup.
    (MYR 198/half, MYR 298/full)
  • Abalone Yee Sang: Pilihan mewah dengan Caviar Premium, Serbuk Emas, dan Minyak Truffle, membawa kesempurnaan rasa.
    (MYR 288/half, MYR 468/full)

Banquet Tahun Baru Cina yang mewah

Hidupkan semangat kekeluargaan dengan pengalaman jamuan mewah yang disesuaikan untuk merayakan Tahun Baru Cina. Nikmati menu jamuan yang menyajikan kelazatan istimewa seperti Mangrove Jack Stim, Wok-Fried Prawn Ball, dan Stewed Abalone, masing-masing merupakan simbolik kepada kekayaan, kesihatan, dan kebahagiaan.

See also
Miss Universe 2023: Ini Fakta Unik Yang Perlu Ambil Tahu

Selain itu, nikmati hidangan yang mewah dalam suasana yang elegan dan penuh kehangatan. Menu jamuan termasuk:

  • Auspicious Feast: MYR 388+ seorang
  • Prosperity Feast: MYR 438+ seorang
    minimum 20 meja (10 orang per meja)

Sertai W Kuala Lumpur untuk merasai pengalaman makan yang luar biasa dan mencipta kenangan yang indah bersama keluarga dan rakan-rakan. Sambut Tahun Baru Cina dengan penuh kegembiraan, kemakmuran, dan peluang yang tidak terhingga. Jangan lepaskan peluang untuk merasai segala kemewahan dan kebaikan yang ditawarkan.

Artikel Berkaitan: Flock’s Sunday Brunch: Pengalaman Terbaik Oleh W Hotel Kuala Lumpur