Use your ← → (arrow) keys to browse
Amy bercakap mengenainya secara terbuka kepada portal People setelah penyakit itu dijadikan sebahagian daripada kandungan untuk siri komedi terbitan dan lakonannya, Life & Beth.
“Saya rasa semua orang mempunyai rahsia dan ini adalah rahsia terbesar saya. Saya telah lama menanggung rasa malu yang teramat disebabkan rahsia ini.”
Dia berharap pendedahan mengenai trikotilomania dalam drama itu mampu memberi ketenangan buat dirinya dan orang lain.
“Saya rasa berkongsi mengenai penyakit ini adalah langkah yang baik untuk mengurangkan rasa malu yang dialami. Mudah-mudahan ia turut membantu memberi kelegaan kepada orang lain yang menghidapinya,” katanya.