Use your ← → (arrow) keys to browse
Setelah 13 tahun bergelar isteri, Jessica Alba mendedahkan kesukarannya untuk mengekalkan kemanisan rumah tangga bersama suami.
Akui Alba, ia bertambah rumit selepas kehadiran tiga anak mereka; Honor, 13, Haven, 9, dan Hayes, 3.
“Semuanya hangat dan romantis selama dua setengah tahun, namun selepas itu hubungan kami bagaikan rakan sebilik,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan Instagram Katherine Schwarzenegger Pratt berjudul Before, During, and After Baby.
“Kami sekadar melakukan apa yang diperlukan. Ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan,” tambahnya.