Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha Timang Puteri Sulung

Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha Timang Puteri Sulung

Keluarga diraja Brunei meraikan kehadiran puteri sulung Putera Abdul Mateen dan Puteri Anisha Rosnah yang selamat dilahirkan pada Ahad lalu.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen ibni Hassanal Bolkiah bersama isteri baginda, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah binti Adam telah selamat menyambut kelahiran anak sulung mereka, seorang puteri, pada 8 Februari 2026.

Khabar gembira ini diumumkan rasmi oleh keluarga diraja dan mendapat perhatian daripada rakyat serta peminat diraja di seluruh dunia. Anak perempuan pasangan ini dilahirkan dalam keadaan sihat dan baik. Istiadat khas turut disertai dengan tembakan 17 das meriam di Istana Nurul Iman sempena sambutan kelahiran diraja tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MATEEN & NISHI (@anishaik.tmski)

Kelahiran puteri sulung ini bukan sahaja menjadi detik bahagia buat keluarga diraja, tetapi turut disambut dengan penuh ucapan tahniah daripada rakyat Brunei dan peminat diraja di seluruh Asia, menandakan permulaan babak baharu dalam kehidupan keluarga kecil ini.

See also
Momen Fesyen Indah Puan Sri Tiara Jacquelina

Bagaimanapun, mereka masih belum berkongsi tentang nama atau wajah puteri mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MATEEN & NISHI (@anishaik.tmski)

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga dalam satu majlis istiadat diraja yang gemilang dan berlangsung selama 10 hari pada Januari 2024 di Bandar Seri Begawan.

Pada 14 Oktober 2025, Putera Mateen berkongsi berita gembira mengenai kehamilan pertama mereka melalui hantaran di Instagram yang turut menarik perhatian ramai peminat yang mengikuti perkembangan dan percintaan mereka berdua.

Kami di GLAM mendoakan semoga Puteri diraja ini membesar dalam keadaan sihat serta mendapat keberkatan dan kebahagiaan, serta terus menjadi simbol kasih sayang dan harapan bagi keluarga serta negara.

Artikel Berkaitan: Busana Anggun YM Dayang Anisha Rosnah Adam Ketika Istiadat Perkahwinan Di-Raja Brunei

Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup moden dan mewah, berkongsi kisah personaliti terkenal serta menyentuh aspek fesyen dan kecantikan.

Penulis