Use your ← → (arrow) keys to browse
Menerusi video tersebut, Rose dirakam berseorangan dalam keadaan santai bersahaja di tempat duduk kereta, di bilik tidur dan di luar panggung wayang. Cita rasa fesyennya yang tinggi benar-benar menyerlah menerusi klip itu.
Penyanyi ini membuat kemunculan pertama dalam gaun Alex Perry fuchsia yang dipadankan bersama but kombat hitam, kemudiannya menyarung jaket kulit Saint Laurent.
Sepanjang video, dia turut memakai top berbulu rona putih dan skirt mini, menampilkan sisi cool dengan faux fur ungu, dan akhirnya terapung di udara dalam gaun mini sarat ropol Haleia.