Resorts World Sentosa, Destinasi Percutian Paling Bermakna - Page 4 of 4 - Glam Malaysia
Resorts World Sentosa

Resorts World Sentosa, Destinasi Percutian Paling Bermakna

Anda impikan pengalaman percutian yang mewah dan tidak boleh dilupakan? Resorts World Sentosa, Singapura, memiliki segalanya yang anda inginkan. Sama ada anda inginkan pemandangan yang indah, taman tema yang menyeronokkan atau ingin mendekati hidupan laut, di sini ada segalanya!

Resorts World Sentosa, destinasi mewah yang bertempat di pulau Sentosa, Singapura ini berkeluasan 49 hektar mampu menjanjikan percutian paling bermakna buat anda dan keluarga. Pelbagai tawaran seperti taman tema, hotel mewah dan juga restoran hebat bertaraf dunia ditempatkan di satu lokasi yang sama. Ayuh, GLAM bawa anda menerokai keunikan terkini yang terdapat di Resorts World Sentosa sepanjang bulan ini. 

Mesti Kunjung: Ini 4 Destinasi Anda Harus Kunjung di Resorts World Sentosa

4 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

#4 Bersedia Untuk Kembara di Adventure Cove Waterpark 

Ini adalah aktiviti air yang paling menyeronakkan! Bermula 7 April hingga 26 Mei 2023, kunjung taman tema air ini dan bersama-sama merai Splashes of Colour. Pelbagai pelampung berona warna-warni disediakan untuk anda gunakan sepanjang mengembara Adventure River. Buat anda yang sukakan aktiviti lasak, kami cadangkan untuk anda singgah di stesen Riptide Rocket. Nikmati dengan lebih dekat lagi pengalaman bersama hidupan laut yang mesra di Rainbow Reef!

Resorts World Sentosa

 

Untuk ketahui dengan lebih lanjut lagi, layari laman web rasmi mereka di sini. 

 

Pautan Berkaitan: Gahnya Singapura!