Harry Potter: Visions of Magic Ke Resorts World Sentosa

Resorts World Sentosa Sebagai Tuan Rumah Harry Potter: Visions of Magic

Warner Bros. Discovery Global Themed Entertainment dan NEON telah mengumumkan bahawa Resorts World Sentosa (RWS), Singapura akan menjadi tuan rumah bagi tayangan perdana Asia, Harry Potter: Visions of Magic pada 22 November ini.

Pengalaman seni multimedia ini akan berlangsung di ruangan seluas lebih 40,000 kaki persegi dan membawakan persekitaran imersif berdasarkan lokasi ikonik dari dunia wizard antaranya Ministries of Magic, Newt’s Menagerie dan Pensieve yang memukau.

Dunia wizard di Resorts World Sentosa

Acara ini menawarkan pengalaman interaktif di mana tetamu dapat menggunakan teknologi untuk merungkai keajaiban tersembunyi melalui multi-sensory installations, seni bina yang unik, dan persekitaran bunyi asal.

Selepas kejayaan besar di Jerman, Harry Potter: Visions of Magic kali ini diadakan secara eksklusif di Resorts World Sentosa dengan ruang tambahan seluas 10,000 kaki persegi bakal memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat para pengunjung.

Tayangan perdana di Jerman mencipta rekod baru dengan penjualan tiket hampir habis terjual sebelum pembukaan rasmi sebanyak 138,000 tiket. Oleh itu, NEON telah menerima penghargaan pra-jualan tertinggi dari Ticketmaster Germany sekaligus menandakan kejayaan luar biasa di rantau tersebut.

See also
Kim Kardashian & Alex Rodriguez - Power Couple Hollywood Terbaru?

Peter van Roden, Naib Presiden Kanan Warner Bros. Discovery Global Themed Entertainment, menyatakan rasa teruja untuk membawa acara ini ke Singapura dengan persekitaran lebih luas yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Menurut Ron Tan selaku Pengerusi Eksekutif & Ketua Pegawai Kumpulan NEON turut teruja untuk mempersembahkan pengalaman ini kepada pengunjung tempatan dan luar negara di Resorts World Sentosa. “Usaha ini menjadi kenyataan dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada rakan kongsi kami di Warner Bros. Discovery Global Themed Entertainment dan Resorts World Sentosa.”

Tambah Ketua Pegawai Eksekutif Resort Worlds Sentosa iaitu Tan Hee Teck berpendapat bahawa Harry Potter: Visions of Magic ini akan memperkukuhkan Resorts World Sentosa sebagai destinasi terkemuka yang menawarkan pengalaman hiburan bertaraf dunia serta mencipta kenangan indah buat pengunjung.

Jualan tiket sudah dijual pada 8 November di mana harga tiket bermula pada 39 SGD untuk kanak-kanak, 49 SGD untuk dewasa berumur 13 tahun dan keatas. Maklumat terkini mengenai pengalaman seni interaktif daripada siri filem ikonik ini di https://harrypottervisionsofmagic.com/.

See also
Nicol David, Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

Artikel Berkaitan: Resorts World Sentosa, Destinasi Percutian Paling Bermakna