Use your ← → (arrow) keys to browse
Kerja Amal Putera William Menerusi Duchy
Of Cornwall
Putera Wales yang melancarkan program Homewards bagi menamatkan isu gelandangan berikrar untuk meneruskan jejak langkah bapanya dengan menyasar perubahan iklim dan cabaran sosial.
“Saya komited terhadap usaha menangani perubahan iklim dan bangga dengan usaha Duchy menyumbang dalam usaha ini. Sekiranya kita juga boleh bertindak balas terhadap cabaran sosial seperti kesihatan mental dan gelandangan, saya rasa penggal saya sebagai Duke akan menjadi amat berbaloi.”
Menurut laporan, Istana Kensington tidak akan mengeluarkan laporan kewangan Duchy tahun ini disebabkan perubahan besar berikutan kemangkatan Ratu Elizabeth pada September 2022. Dutchy of Cornwall yang bernilai lebih RM5.58 bilion itu merupakan salah satu estet terbesar dan tertua di Britain.