Use your ← → (arrow) keys to browse
Lebih dua dekad, Putera William dilihat semakin terbuka berbicara mengenai kematian tragis ibunya, Puteri Diana akibat nahas jalan raya pada 1997.
Sewaktu berucap di Perhimpunan Agung Gereja Scotland ketika mengadakan sesi lawatan Diraja, William berkongsi kenangan suka dan duka mengenai negara itu.
“Scotland merupakan negara penting buat saya dan akan sentiasa mempunyai tempat istimewa di hati saya. Saya sering datang ke sini sejak dari zaman kanak-kanak.
“Sewaktu membesar, saya melihat bagaimana nenda menikmati setiap minit yang diluangkan di sini. Dan ayahanda saya pula sangat teruja apabila dapat berjalan di lereng bukit,” katanya.