Putera Mateen & Dayang Anisha Disatukan Dalam Majlis Penuh Istiadat - Glam Malaysia
Putera Mateen & Dayang Anisha Disatukan Dalam Majlis Penuh Istiadat

Putera Mateen & Dayang Anisha Disatukan Dalam Majlis Penuh Istiadat

Dengan sekali lafaz, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen atau Putera Mateen selamat diijab kabul dengan wanita pilihan hatinya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah.

Pasangan itu rasmi bergelar suami isteri pada 11 Januari sekitar jam 2.17 dalam majlis yang berlangsung di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien. Acara dimulakan dengan awang-awang menyalakan Dian Empat sebagai lambang keunikan adat istiadat Diraja Brunei.

Putera Mateen

Foto: Instagram

Foto: Sinar Plus

Sebaik sahaja Putera Mateen dan Dayang Anisha selamat disatukan, 17 das tembakan meriam dilepaskan sebagai tanda Istiadat Akad Nikah Diraja telah pun sempurna. Istiadat diakhiri dengan bacaan doa selamat.

Sebelum itu, Awang Adam Abdullah iaitu ayah pengantin Diraja perempuan meminta Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Datuk Seri Paduka Setia Awang Salim menikahkan pasangan mempelai dengan mahar seribu ringgit (Brunei) tunai.

Majlis Perkahwinan Putera Mateen Berlangsung Gilang-Gemilang

Perkahwinan pasangan ini berlangsung dengan penuh adat istiadat selama 10 hari. Ia dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja diikuti Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 8 Januari.

See also
Lisa Blackpink Lakar Sejarah Di MTV Video Music Awards 2022

Hari seterusnya, pasangan ini selamat ditunangkan dalam Majlis Istiadat Menghantar dan Menerima Tanda Diraja serta Pertunangan Diraja. Pada majlis pertunangan, Putera Mateen tampil segak dalam sut serba hitam. Dayang Anisha pula cukup elegan dalam baju kurung sarat manik rona putih bersama selendang sedondon.

Foto: Instagram

Dalam Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja pada 10 Januari, Dayang Anisha mengenakan pakaian tradisi berwarna merah terang bersama perhiasan kepala emas. Putera Mateen tampil sedondon dalam busana songket rona sama. Akhirnya pada 11 Januari, pasangan ini sah bergelar suami isteri.

Foto: Instagram

putera mateen anisha

Foto: Instagram

Acara kemuncak iaitu Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari. Pasangan itu akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.

Majlis Persantapan Diraja pula akan diadakan pada malam 15 Januari. Barisan tetamu yang dijangka hadir termasuk kerabat Diraja antarabangsa dan pemimpin politik tersohor. Acara ini akan diikuti dengan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada hari terakhir, 16 Januari.

See also
Ana De Armas Berlatih 9 Bulan Untuk Jayakan Watak Marilyn Monroe

Foto: Instagram

Baca: 3 Fakta Menarik Tentang YM Dayang Anisha Rosnah binti Adam, Suri Hati Putera Mateen