Pengarang buku Revenge: Meghan, Harry and the War Between the Windsors itu turut membandingkan situasi tersebut dengan penampilan pasangan Sussex pada sambutan Jubli Platinum Jun lalu di mana kelibat mereka hampir tidak kelihatan.
“Mereka diminta berdiri di tepi tingkap tingkat atas dan hampir tidak dapat dilihat, berbeza dengan upacara kemangkatan Ratu di mana mereka menjadi tumpuan utama.
“Meghan benar-benar mempunyai misi tersendiri dan yang menjadi mangsa adalah kerabat Diraja Britain,” tambahnya.