Use your ← → (arrow) keys to browse
Isu kesihatan mental dilihat begitu dekat di hati Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan, puteri sulung Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sejak bertahun lalu, Tengku Puteri Iman giat meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental menerusi kempen-kempen yang diadakan secara fizikal mahupun maya.
Dan kini puteri itu berpeluang menyampaikan kisah Malaysia di pentas antarabangsa apabila dilantik sebagai Perwakilan Persekutuan Kesihatan Mental Sedunia bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.