Use your ← → (arrow) keys to browse
Siapa menyangka pengalaman Putera William sebagai juruterbang helikopter ambulans selama beberapa tahun meninggalkan kesan mendalam buat dirinya.
Menerusi episod istimewa siri Time To Walk di Apple Fitness+, Putera William mengimbas kembali pergelutannya dengan tekanan mental selepas berkhidmat sebagai juruterbang RAF Search and Rescue untuk East Anglian Air Ambulance dari 2015 hingga 2017.
“Saat saya mula menjalani latihan menerbangkan helikopter, saya menyedari tiada yang lain sehebat ini. Ia merupakan salah satu perkara yang saya setuju lakukan tanpa perlu berfikir panjang. Saya terfikir, ‘Ia sememangnya hebat.’ Saya benar-benar menikmatinya,” ujarnya.