Pengalaman Pemanduan Yang Personal, Berkuasa & Anggun Bersama Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION Baharu - Glam Malaysia
Pengalaman Pemanduan Yang Personal, Berkuasa & Anggun Bersama Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION Baharu

Pengalaman Pemanduan Yang Personal, Berkuasa & Anggun Bersama Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION Baharu

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dilancarkan pada harga bermula RM247,670.97, Volkswagen Arteon R-Line dengan sistem pacuan semua roda 4MOTION untuk cengkaman terbaik ini dipasang secara tempatan di Pekan, Pahang.

Mendefinisikan kesenian sebuah kenderaan, Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION baharu tampil menyerlah dengan gaya menarik yakni rekaan hud “clamshell” tersendiri bersama garis lampu serta sepasang lampu utama LED dan corong pengambilan udara yang baharu. Maka tidak hairanlah, Fastback empat pintu yang dinamik ini dinaik taraf dengan teknologi serta pelbagai ciri yang sesuai sebagai statusnya selaku model utama Volkswagen.

Arteon merupakan sebuah fastback serba boleh kerana ia menawarkan fleksibiliti bagi memenuhi keperluan pemanduan yang berbeza. Inilah model Volkswagen yang membolehkan pemandu menikmati pemanduan sporty atau perjalanan jauh sama ada berseorangan atau bersama keluarga. Pada bahagian belakang, kluster lampu LED memberi karekter kepada rekaan belakang Arteon yang bercerun. Penampilannya ditingkatkan lagi dengan gayaan R-Line yang kini dipasang dengan logo R yang baru.

Melihat pada keindahanya, pastilah ia mempunyai prestasinya yang mengagumkan. Model ini dijana oleh enjin 2.0L TSI turbo yang mampu menghasilkan kuasa 280PS dan tork 350Nm. Dipadankan dengan kotak gear direct shift klac berkembar basah DSG 7-kelajuan, fastback ini boleh memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa hanya 5.6 saat.

See also
Gelagat Selebriti Di Majlis Makan Malam Mewah Met Gala 2023

Ia menawarkan pengendalian luar biasa menerusi sistem pacuan semua roda 4MOTION yang menyalurkan kuasa ke roda belakang apabila perlu untuk memberi cengkaman dan kawalan lebih baik di atas jalan. Penggunaan bahan api pula adalah sekitar 7.4l/100 km.

Ruang dalaman Arteon baharu yang luas nyata elegan dan sporty, lengkap bersama kemasan perak R-Line dan stereng baharu. Ciri untuk pemandu juga inovatif, intuitif dan boleh diubahsuai. Semua maklumat boleh diakses dengan mudah menerusi Digital Cockpit dan sistem infohibur Discover Pro yang kini menawarkan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Sistem audionya pula adalah premium Harman Kardon 700-watt menyempurnakan lagi ruang dalamannya yang mewah dengan 12 unit pembesar suara yang memberikan kualiti akustik terbaik.

Tempahan Arteon baharu sudah boleh dibuat di eShowroom yang dibuka 24 jam dan boleh diakses bila-bila masa. Seorang wakil daripada pengedar akan menghubungi dan membuat temu janji yang selari dengan SOP kerajaan dan iniatif #SafeHands Volkswagen. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

See also
Google Dedah 10 Destinasi Percutian Paling Popular Tahun 2024

Pautan berkaitan: “Modern Nostalgia” Selamatkan Malayan Tapir