Use your ← → (arrow) keys to browse
Bekas bintang Disney ini juga didiagnos menghidap gangguan bipolar tahun lalu. Akuinya, salah satu cara yang diamalkannya untuk kekal sihat secara mental adalah dengan menjauhkan diri daripada media sosial.
“Saya sudah penat membaca berita-berita buruk dan melihat kehidupan orang lain di internet. Selepas membuat keputusan untuk berehat daripada media sosial, saya rasa bebas. Kehidupan saya sekarang ini lebih menggembirakan,” katanya kepada Vogue.
Pelantun lagu Lose You To Love Me itu kini berstatus single setelah memutuskan perhubungan dengan Justin Bieber pada 2018. Beberapa bulan kemudian, Justin membuat kejutan dengan mengahwini model, Hailey Baldwin.