Use your ← → (arrow) keys to browse
Sewaktu menyertai model A-list di pentas peragaan Fendi yang lalu, Demi hampir tidak dikenali. Penampilannya di pertunjukan Fendi Spring/Summer 2021 di Paris membuatkan ramai hadirin terpana.
Netizen mula berteka-teki di media sosial adakah perubahan wajahnya disebabkan oleh riasan yang teruk atau pembedahan plastik yang gagal. Malah ada yang mengatakan wajahnya saling tidak tumpah seperti Caitlyn Jenner.
“Syukurlah wajah Demi kembali normal. Dia perlu memecat orang yang memintanya berjalan di pentas peragaan dengan wajah sebegitu rupa,” seorang peminat menulis.
“Dia benar-benar jelita. Semula jadi itu jauh lebih baik,” tambah seorang lagi peminat.
“Saya selalu melihat Demi sebagai wanita yang secara semula jadinya cantik. Terdapat banyak tekanan pada wanita untuk tampil menawan sepanjang masa. Ini adalah high fashion dan dia sanggup beri komitmen untuk itu,” tulis satu ciapan di Twitter.