Ini 5 Pasangan Selebriti Malaysia Paling Romantik Pilihan GLAM
Masih dalam mood hangat bercinta sempena bulan Februari ini, GLAM senaraikan 5 pasangan selebriti Malaysia paling romantik perlu anda ketahui.
Walau dunia rumah tangga hari ini banyak yang kita dengar asyik diduga dengan ujian, namun masih ada pasangan yang kita lihat meniti kebahagiaan. Yang diduga itu tandanya Allah sayang, bukalah mata dan selesaikan bersama-sama mengikut jalan yang menuju kebaikan. Pasti ada hikmah disebalik desakan.
Namun, buat yang masih menjalani kehidupan rumah tangga penuh romantis walau bertahun hidup bersama, GLAM doakan anda semua terus kekal bahagia hingga bila-bila. Sempena bulan romantik ini, kami ingin berkongsikan pasangan selebriti Malaysia paling romantis pilihan GLAM. Ayuh kenali serba-sedikit tentang pasangan ini.