Use your ← → (arrow) keys to browse
Bintang Bullet Train itu dilaporkan mula membuat ukiran arca selepas melalui perceraian buruk dengan Angelina Jolie pada 2017 di mana dia menghabiskan masa sehingga 15 jam sehari di studio Thomas Houseago di Los Angeles.
“Bagi saya ia mengenai refleksi diri. Ia lahir daripada apa yang saya gelar sebagai ‘inventori radikal diri’ – ia benar-benar jujur dan mengambil kira insan-insan yang mungkin saya pernah sakiti serta kesilapan yang pernah saya lakukan,” ujarnya menerusi satu kenyataan.
Kongsi Brad dalam wawancara bersama GQ Ogos lalu, dia menganggap penglibatannya dalam bidang ukiran bukanlah sebagai seni tetapi “sejenis sukan solo yang amat mendamaikan dan melibatkan banyak sentuhan.”