Use your ← → (arrow) keys to browse
Siapa sangka Brad Pitt bukan sahaja berbakat besar dalam dunia lakonan dan penerbitan filem tetapi juga dalam bidang seni ukiran.
Baru-baru ini Brad memberi kejutan kepada peminat dengan mempamerkan koleksi arcanya di sebuah muzium seni tepi tasik, Sara Hilden Art Museum di Finland.
Terletak di Tempere yang merupakan bandar ketiga terbesar di Finland, ia merupakan kali pertama bintang berusia 59 tahun itu mempersembahkan karya seninya kepada orang ramai.