Pameran Christian Dior: Designer of Dreams Jepun
Pameran Christian Dior: Designer of Dreams Kini Berlabuh Di Jepun

Pameran Christian Dior: Designer of Dreams Kini Berlabuh Di Jepun

Lanjutan dari kejayaan pamerannya di Musée des Arts decoratifs di Paris, ekshibisi Christian Dior: Designer of Dreams tampil berwajah baharu di MOT, Muzium Seni Kontemporari Tokyo.

foto DIOR, Daici Ano ©

Pameran Designer Of Dreams olahan Dior berlabuh di MOT. Lantas memperlihatkan lambang kasih yang termeterai antara Dior dan negara matahari terbit ini.

Bermula dari 21 Disember 2022 sehingga 28 Mei 2023, pameran yang juga pernah dibentangkan di London, Shanghai, Chengdu, Doha dan New York ini diolah menerusi mata kuratornya Florence Müller. 

Sementara itu ruang pameran kreasi air tangan Shohei Shigematsu dari agensi OMA di New York, menciptakan laman ruangan yang diliputi fasad tiga dimensi terbuat dari kertas washi transparan. Terima kasih buat naratif scenografi baharunya yang mengangkat penghormatan kepada budaya Jepun yang dimuliakan oleh visi perintis Christian Dior.

Pameran Designer Of Dreams menampilkan sejumlah 350 adibusana, termasuk himpunan eksklusif yang memberi penghormatan kepada budaya Jepun. Selain menggabungkan elemen seni Jepun dengan struktur visual bilik, setiap bahagiannya juga menampilkan reka bentuk dalaman yang berbeza dalam memberi kesan kepada kepelbagaian budaya negara matahari terbit ini.

See also
10 Detik Paling Diingati Dalam Sejarah MTV VMA

Sejak tahun 1950-an, Dior telah bekerjasama dengan banyak syarikat Jepun untuk memenuhi lalu menyesuaikan penampilan klasik Dior dengan citarasa tempatan. Di Jepun, jenama ini sangat popular. Sebagai tanda popularitinya, Maharani Jepun Michiko yang memilih untuk memakai gaun Dior diperbuat daripada tekstil Jepun saat menikahi Maharaja Akihito pada tahun 1959.

Antara item yang dipamerkan di muzium Tokyo ini termasuk kot garapan John Galliano yang dipanggil “The Great Wave off Kanagawa,” yang menampilkan cetakan ombak pada pangkal skirt penuh dan jubah yang diikat dengan tali pinggang gaya obi Jepun ciptaan Raf Simons.

Pautan berkaitan: 30 Montaigne, Menghimpunkan Semula Aspirasi Dior