Padu Padan Samsung Galaxy Z Flip4 Dengan OOTD Pilihan Minggu Ini - Glam Malaysia

Padu Padan Samsung Galaxy Z Flip4 Dengan OOTD Pilihan Minggu Ini

Seronok bukan jika punya telefon pintar rona menyerlah? Diri jadi lebih bersemangat untuk tampil bergaya setiap hari. Kami padu padan Samsung Galaxy Z Flip4 dengan OOTD pilihan minggu ini!

Apabila berbicara soal stail dan fesyen hari ini, ia bukanlah sekadar tentang pakaian apa yang disarung pada tubuh. Ia lebih daripada itu. Aksesori tambahan seperti perhiasan, beg, dan telefon pintar kini menjadi pilihan anak muda untuk melengkapkan lagi stail peribadi mereka. Seperti Samsung Galaxy Z Flip4!

Telefon pintar? Bagaimana hendak memadu serta memadankan busana yang disarung dengan telefon pintar?

Samsung Galaxy Z Flip4, Hadir Dalam Edisi Bespoke

Kami sukakan idea di mana telefon pintar hadir dalam warna yang boleh kami pilih sendiri. Barulah nampak lain daripada yang lain dan lebih eksklusif! Jika Samsung Galaxy Z Flip4 sedia ada sememangnya hadir dalam empat warna yang sudah menawan iaitu Bora Purple, Graphite, Pink Gold juga Blue. Kali ini, anda boleh memilih daripada 75 seleksi kombinasi warna lain untuk setiap bingkai telefon pintar anda ini. Hebat, bukan?

See also
#PoskadGLAM: Nikmati Kuala Lumpur Bersama Samsung Galaxy Z Flip4

Edisi terhad ini kini hanya boleh didapati di 28 buah negara seluruh dunia. Dan ini merupakan kali pertama, koleksi seperti ini di bawa ke Malaysia oleh Samsung. Keistimewaan bespoke ini mampu menyerlahkan lagi personaliti diri si pemilik. Ia melambangkan sebagai satu fashion statement yang disuntik ke dalam gaya peribadi anda. 

Padu Padan Gaya OOTD Kumpulan Editorial Glam Bersama Samsung Galaxy Z Flip4

GLAM padukan gaya fesyen jalanan kumpulan editorial GLAM bersama pelbagai koleksi bingkai warna telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip4.

Samsung Galaxy Z Flip4

Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, kelihatan bergaya santai mengenakan kemeja bercorak sewaktu bercuti, sesuai menggayakan Samsung Galaxy Z Flip4 rona biru.

 

Nisa Halid, Pengarah Kreatif Digital Dan Projek Khas GLAM Malaysia, tampil serba putih sewaktu menghadiri majlis fesyen di Kuala Lumpur,, sesuai menggayakan Samsung Galaxy Z Flip4 Bespoke Edition rona putih berbingkai tengah rona perak.

 

Johan Kassim, Pengarang Fesyen GLAM Malaysia, tampil dengan gaya cukup cool, saat sibuk di kota New York menghadiri minggu fesyen, sesuai menggayakan Samsung Galaxy Z Flip4 rona Graphite. 

See also
Peluncuran DIOR Cruise 2022, Sambil Bersantai di DIOR Café Pertama di Kuala Lumpur

 

Julia Azman, Pengarang Kecantikan GLAM Malaysia, manis dalam gaun rona fuchsia, sesuai menggayakan Samsung Galaxy Z Flip4 rona Pink Gold.

 

Zuhairie Sahrom, Pengarang Horologi GLAM Malaysia, tampil cukup santai berdenim biru, sesuai menggayakan Samsung Galaxy Z Flip4 Bespoke Edition kombinasi rona Navy dan Khaki. Manakala bingkai tengah disaluti rona perak. 

 

Amira Azman, Pengurus Kandungan Digital GLAM Malaysia, dalam gaya jalanannya yang tersendiri, selesa mengenakan persalinan serba hitam, sesuai menggayakan Samsung Galaxy Z Flip4 rona Bora Purple.

 

Muzammin Muzlan, Pengarang Digital GLAM LELAKI Malaysia, tampil santai sewaktu sedang bercuti menegenakan kemeja bold, sesuai menggayakan Samsung Galaxy Z Flip4 Bespoke Edition rona kuning, bersama bingkai tengah rona hitam. 

 

It’s the ultimate self-expression tool!

Bukan sahaja warna bingkainya yang menyerlah, fungsinya juga amat membanggakan sesiapa sahaja yang menggunakannya. Kualiti kamera yang terbaik, mampu memberikan hasil gambar yang berdefinisi tinggi. Selain itu, yang paling menjadi kegemaran kami adalah teknologi FlexCam nya. Kerana fungsi ini, anda tidak perlu lagi risau untuk mencari tripod semata-mata ingin mengambil gambar OOTD. 

See also
Padu Solekan Pilihan GLAM bersama Samsung Galaxy Z Flip4 Anda

Kelebihan telefon pintar ini adalah ia boleh dilipat dalam apa jua sudut darjah. Jadi tiada masalah untuk mengambil gambar dalam apa jua posisi. Tambahan lagi, ianya hands-free! Sekadar perlu menunjukkan telapak tangan menghadap skrin kamera, terus aktif kamera kamu dalam mod self-timer. 

 

Pautan Berkaitan: Kepuasan Tonton Konsert BTS di Samsung Galaxy Z Flip4