Use your ← → (arrow) keys to browse
Menerusi satu temu bual bersama wartawan, Simone mendedahkan dia tidak menghadapi kecederaan fizikal tetapi masalah dalaman yang akan ditangani dalam beberapa hari akan datang.
Disebabkan itu, dia sekadar menghabiskan masa dengan bersorak untuk pasukannya namun merancang untuk kembali dalam pusingan akhir keseluruhan pada Khamis ini.
Pemenang pingat emas Olimpik Rio itu menunjukkan prestasi kurang cemerlang di peringkat awal sebelum membuat keputusan menarik diri.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, dia berkongsi perasaan dan tekanan yang dihadapi ketika peringkat kelayakan Ahad lalu.