Nick Jonas Berbicara Mengenai Puteri Sulung Buat Kali Pertama - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Nick Jonas Berbicara Mengenai Puteri Sulung Buat Kali Pertama

Nick Jonas Berbicara Mengenai Puteri Sulung Buat Kali Pertama

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Nick turut memuat naik foto dan kapsyen yang sama selain menambah mesej istimewa buat isteri tercinta.

“Selamat Hari Ibu kepada semua ibu dan penjaga yang hebat di luar sana, tetapi saya ingin memberi ucapan istimewa buat isteri saya yang luar biasa pada sambutan Hari Ibu pertamanya.

“Sayang, kamu memberi saya inspirasi dalam setiap cara, dan kamu mengambil peranan baharu ini dengan begitu mudah. Saya sangat bersyukur kerana kita dapat menyusuri perjalanan ini bersama. Kamu sudah pun menjadi seorang ibu yang luar biasa. Selamat Hari Ibu.”

Februari tahun lalu, Nick mendedahkan dia ingin mempunyai anak seramai mungkin manakala Priyanka pula sempat berseloroh dengan mengatakan dia menginginkan anak seramai satu pasukan kriket iaitu 11 orang.

Foto: Getty Images

 

Baca: Simbolik Nama Puteri Sulung Priyanka Chopra & Nick Jonas