Use your ← → (arrow) keys to browse
Pemain dari Jepun itu turut mendedahkan dia tidak menghadiri sidang media Ahad lalu adalah disebabkan kesihatan mental.
“Saya sering merasakan orang ramai tidak mengambil serius kesihatan mental para atlet dan ini ternyata benar apabila saya menonton atau menghadiri sidang media,” katanya.
Menerusi ciapan di Twitter Isnin lalu, Naomi mendedahkan dia telah berhadapan dengan masalah depresi sejak US Open pada 2018 dan mengalami kesukaran untuk menanganinya.
“Sesiapa yang mengenali diri saya tahu bahawa saya seorang introvert, dan sesiapa yang menonton saya di kejohanan pasti menyedari bahawa saya memakai fon kepala kerana ini dapat mengurangkan anxiety sosial saya.