BUAT JULUNG KALINYA, MOSTGLAM DAN ALPHA MEN DIPERTONTONKAN SEKALI DALAM SATU LEMBARAN. NURIDA SURAYA ANTARA 10 HIGH ACHIEVERS BAWAH 35 TAHUN YANG MENYALAKAN OBOR BAHARU GENERASI SEKARANG. BIJAK MENGGALAS TUGAS MASING-MASING DENGAN STAIL CUKUP JITU.
Wanita perlu berkeyakinan, tabah, baik hati dan sentiasa berfikiran positif.
Projek terbaharu anda?
Tidak lama lagi, Rizmanruzaini Beauty akan melancarkan produk penjagaan kulit pada Oktober 2021.
Apakah yang anda paling suka mengenai karier ini?
Saya sangat mementingkan kecantikan dan saya berasa sangat gembira dapat berkongsi rutin kecantikan saya dengan semua orang. Saya juga dapat menggalakkan orang luar untuk menjaga kecantikan dalaman dan juga luaran
mereka.
Siapakah pengaruh terbesar anda?
Sudah tentu suami saya yang telah banyak membuka mata saya dalam mempelajari ilmu perniagaan. Dia merupakan idola yang amat saya kagumi.