Mercedes-Benz EQ Memperkenalkan 'Keluarga' Baharu
Mercedes-Benz EQ Memperkenalkan 'Keluarga' Baharu

Mercedes-EQ Memperkenalkan ‘Keluarga’ Baharu

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Mercedes-Benz EQS 450+

Sedan Mercedes-Benz EQS 2022 ialah kegemilangan masa depan elektrik jenama itu dan salah satu EV paling hebat yang pernah ada. EQS juga merupakan model pertama yang berasaskan seni bina modulamewah dan eksekutif yakni kenderaan elektrik berkelas.

EQS 450+_01

Foto dari Mercedes-benz Malaysia

Reka bentuk luaran baharu yang lebih inovatif dan holistik pada fungi aerodinamik dan digabungkan dengan nilai estetika dalam reka bentuknya yang sangat jelas. Bahagian hadapan EQS yang sporty, rendan dan langsing membentuk seperti coupe dengan busur ini menjadikan EQS sebagai kereta pengeluaran paling aerodinamik di dunia. EQS 450+ serba baharu ini didatangkan dengan gaya luaran dan badan garisan AMG serta mempunyai roda aloi ringan berbilang jejari AMG 53.3 cm (21 inci). EQS 450+ dilengkapi dengan pakej cahaya digital, jalur pemantul berterusan di hadapan, dan Adaptive Highbeam Assist Plus.

EQS 450+_16

Imej menunjukkan dalaman EQS lebih dekat

Dalaman EQS pula didatangi dengan Active Ambient yang mempunyai 64 warna pencahayaan ambien. Ia membenarkan pemandu mempamerkan bahagian dalam mengikut pilihan peribadi anda atau mood semasa dan memberikan kepada pemandu mengalami lonjakan teknologi. Dengan kehadiran tempat duduk yang selesa, EQS 450+ menambah tikar lantai velor dan pelapik bumpung dalam fabrik hitam dan memggabungkan keselesaan dengan teknologi strereng yang pelbagai fungi yang dibalut dengan material kulit nappa dan pedal gear bergalvani krom perak. Untuk pemantauan lebih lajut klik idi sini

See also
Volvo Bangkit Dalam Industri Automotif Seiring Malaysia Sejak 1966