Longines Siti Salehan Tyra Kamaruzzaman
longines

Siti Saleha & Tyra Kamaruzzaman Serlah Gaya Feminin Longines

Selalunya jika berbicara tentang jam tangan, pastinya ia dimonopoli dengan topik rekaan rumit. Sampaikan mungkin membuatkan wanita menjauhkan diri dari mengumpul jam tangan. Tetapi, bukan di Longines kerana jam tangan mereka mengangkat selera kewanitaan yang feminin. Dua karya jenama jam tangan ini memancarkan selera elegan dan lembut dimiliki oleh Siti Saleha dan Tyra Kamaruzzaman.

The Longines Master Collection

Jika ada wanita yang cukup menyukai jam tangan yang teknikal dan masih mempunyai gaya feminin, himpunan The Longines Master Collection adalah sepatutnya menjadi pilihan hati. Rekaan jam tangan ini menzahirkan gaya moden dan masih mengekalkan nilai tradisi yang dimiliki dalam hal seni pembuatan. Jam tangan ini mungkin nampak klasik, namun kekayaannya nampak pada seni teknikal juga pemilihan material. Seperti tatahan berlian yang menggantikan nombor menzahirkan lagi nilai mewahnya pada wanita.

Jam tangan ini hadir dengan rizab kuasa 72 jam yang cukup dinamik. Buat jam tangan The Longines Master Collection yang baharu ini hadir dengan teknikal gerakan mechanical self-winding bertambah kuasa dengan kaliber L899 menjadi tarikan buat wanita yang minat dengan jam tangan automatik. Talinya pula menggunakan kulit buaya, lagi menaikkan seri glamor pada wanita.

Longines Primaluna

Selalunya, jam tangan di Longines sesuai buat wanita mahupun lelaki. Tetapi yang satu ini direka dengan meletakkan wanita sebagai tunjangnya. Mendengar namanya pun sudah menunjukkan nilai feminin yang dimiliki oleh jam tangan ini. Direka pada 2009, jam tangan Longines Primaluna menjadikan bulan sebagai idea utamanya. Ia cukup indah menghiasi langit malam, seakan menzahirkan karakter wanita yang misteri.

Menggunakan keluli tahan karat berona perak membiaskan idea rembulan pada jam tangan yang satu ini. Dial hijau pula lebih indah dengan tatahan berlian menggantikan nombor indeks pada permukaan jam. Item arloji yang feminin ini menggunakan kaliber L296 dengan teknologi kuartz. Rekaan bekas yang bujur buat wanita yang mahukan citra gaya feminin dan lembut. Boleh digayakan siang ke acara malam.

Artikel Berkaitan: Ketulusan Seni Reka Sofistikated Jam Tangan Longines