Life at the Centre bersama The Exchange TRX - Glam Malaysia
Life at the Centre bersama The Exchange TRX 01

Life at the Centre bersama The Exchange TRX

Bakal menjadi nadi liburan terbaru buat ibu kota The Exchange TRX membentangkan pengalaman serta destinasi gaya hidup bertaraf dunia. Lantas, dikonstruksi sepenuhnya memegang warisan serta tradisi tempatan dalam memperkasakan kualiti kehidupan buat referensi generasi esok.

teks ZUHAIRIE SAHROM gambar LENDLEASE

Tun Razak Exchange (TRX), pusat laman perniagaan baharu negara, bersedia untuk meletakkan Malaysia setanding dengan pusat kewangan global yang terkemuka seperti Canary Wharf London, Marina Bay Singapura dan Pusat Perdagangan Antarabangsa Hong Kong. Menempatkan pemain sektor kewangan dalam satu daerah bertaraf dunia di ibu kota, pembangunan yang berkeluasan 70 ekar ini bakal menjadi teras buat The Exchange TRX. Yakni sebuah presint gaya hidup yang ditetapkan dalam mentakrifkan semula kebolehdiaman sesuatu bandar itu.

Nadi Liburan Baharu KL

Menawarkan lebih daripada 400 outlet dari laman rekreasi, hiburan, gastronomi dan butik berkonsep himpunan jenama baharu buat pasaran tempatan. Ia menjanjikan pengalaman yang mengasyikkan menerusi rincian acara seni, budaya serta sukannya. Antara lembaran perdananya adalah taman rekreasi utama, juga yang pertama di Kuala Lumpur diselenggarakan dalam tempoh lebih 20 tahun dengan keluasan 10 ekar. Malah turut menjadi pemaju pertama di Malaysia dalam memperkenalkan Kimpton® Hotels & Restaurants. Yakni rangkaian hospitaliti antarabangsa yang merupakan perintis menerusi hamparan rekaan yang tersendiri lagi ikonik bersentuh suasana serba berjiwa muda.

See also
Pembukaan Butik Saint Laurent di TRX Berlangsung Meriah

Ia turut dilengkapi dengan blok pejabat bertingkat rendah bergaya kampus. Komponen ini akan mewujudkan persekitaran yang bertenaga dalam mengalu-alukan penduduk TRX Residences pada tahun 2024 nanti. Bagi memenuhi visinya sebagai penghubung baharu negara, TRX telah melabur kira- kira RM3 bilion dalam kerja-kerja infrastruktur yang kini 99% sudah siap dibina.

Life at the Centre bersama The Exchange TRX 05

Nadi liburan baharu Kuala Lumpur, The Exchange TRX disifatkan sebagai destinasi gaya hidup pengalaman terkemuka yang direka untuk menjunjung juga mengimbangi warisan tempatan.

Ini akan melengkapkan The Exchange TRX dengan grid sambungan yang memudahkan perencanaan harian ke lokasi utama di seluruh Lembah Klang. Baik menerusi rel, mahupun jalan raya. Jarak bangunannya ke stesen MRT bawah tanah terbesar di ibu kota hanya mengambil 70m dari TRX Residences. Stesen dengan kedalaman 45m ini merupakan stesen terdalam dalam rangkaian MRT Lembah Klang lalu menjadi stesen pertukaran bagi dua laluan MRT iaitu Laluan SBK dan Laluan SSP.

Tidak terhenti disitu, ia turut punya rangkaian lanjutan jalan raya terus ke Terowong SMART; serta jajaran lebuhraya Expressway dan Setiawangsa Pantai Expressway. Menyedari nilai tawaran premium sedemikian, pemilik rumah telah membeli setiap unit yang ada di Menara A. Namun, bagi mereka yang terlepas peluang ini; Menara B kini dibuka untuk jualan.

See also
Syurga Elegan Terbaru Giorgio Armani Di TRX

 

Life at the Centre bersama The Exchange TRX 04

Eric Chan, Pengarah Projek Lendlease untuk TRX Residences dan Ketua Amalan Kediaman Lendlease, Asia.

BANDAR PERLU MENJADI LEBIH INKLUSIF LAGI MAMPAN DENGAN TUMPUAN YANG LEBIH BESAR PADA RANGKAIAN PENGANGKUTAN, KESELAMATAN SERTA FLEKSIBILITI TEMPAT KERJA — ERIC CHAN

Rekod Prestasi Global Selama 60 Tahun

Di Malaysia, Lendlease telah mengendalikan pengurusan projek dan pembinaan lebih 100 buah projek sejak 1979. Termasuk mercu tanda negara seperti Bangunan Tabung Haji dan Menara Berkembar Petronas. Ia juga telah bekerjasama dengan SP Setia Bhd dalam membangunkan dan mengurus Setia City Mall, pusat membeli-belah terbesar di Shah Alam, Selangor. Berpangkalan di Sydney, Australia, Lendlease ialah kumpulan hartanah bersepadu global yang turut mempunyai pejabat di Eropah, Amerika dan Asia.

Rekod prestasinya selama lebih daripada 60 tahun disokong oleh kepakarannya dalam penjanaan semula bandar. Sebagai bukti kekuatan produknya, hartanah kediamannya di Elephant Park, yang terletak di Elephant and Castle, London, telah naik nilainya setinggi 75% dalam tempoh enam tahun sejak dilancarkan dan mengatasi purata serantau sebanyak lebih 50%.

Life at the Centre bersama The Exchange TRX 02

Melayangkan pendekatan yang berani dan inovatif, Lendlease menkonstruksikan, membina dan menyusun presint bandar yang bertenaga dengan komuniti yang mempunyai hubungan kukuh di seluruh dunia, seperti di Elephant Park, London.

Mewujudkan Lokasi Bernilai Lagi Berharga

Mengguna pakai pendekatan berani dan inovatif, Lendlease telah mereka bentuk, membina lalu menyusun presint bandar yang bertenaga. Lantas, saling berkait rapat bersama komuniti setempatnya. Bekerjasama dengan agensi kerajaan, pihak berkuasa kawal selia dan pembekal tempatan; Lendlease membentuk masa depan yang lebih berdaya huni dan mampan dengan menjana nilai sosial, alam sekitar dan ekonomi untuk penduduk kota. Pembuatan suatu tempat tinggal adalah proses kerjasama dan kunci kejayaannya adalah untuk menggabungkan kecekapan global Lendlease dengan penglibatan tempatan yang tulen agar nuansa budaya sekitarnya diserapkan. 

Life at the Centre bersama The Exchange TRX 03

Disokong oleh kemampanan, ketersambungan, penglibatan berpaksikan komuniti dan kehidupan pintar, TRX Residences bakal menempatkan kediaman bandar masa hadapan dalam enklaf bersepadu.

Mentakrifkan Semula Kemampanan

Sering diperkatakan dalam industri, ‘kelestarian’ mungkin dipandang usang. Pun begitu, Lendlease menggunakan pendekatan holistik dalam inisiatif kemampanannya yang memberi manfaat kepada pembeli, penduduk dan masyarakat secara amnya.

See also
Pengalaman Cantik Bersama GLAM Beauty Club X Sephora

Untuk maklumat lanjut, layari www.trxresidences.my. atau kunjungi TRX Residences Discovery and Experience Gallery (DEG).

Nota: Semua imej pembangunan adalah lakaran ilustrasi artis oleh Lendlease Living.

Pautan berkaitan: Royal Selangor Melancarkan Koleksi Baharu Sempena Musim Luruh