La Grande Classique De Longines Kini Berwajah Monokrom - Glam Malaysia
La Grande Classique de Longines

La Grande Classique De Longines Kini Berwajah Monokrom

Koleksi jam tangan ikonik La Grande Classique De Longines mendapat wajah baharu dengan simbahan rona monokrom yang memberi kita kuasa untuk tampil lebih berkarakter.

Bayangan stail wanita dalam stail yang paling terkini dan lebih gah apabila watch game mereka setanding selera yang tinggi itu. Inilah misi yang dibawa oleh Longines dalam taruhan terkini jam tangan La Grande Classique De Longines. Lagipun, mantra Elegance is an Attitude yang didukung oleh Longines membuktikan lagi mengapa mereka adalah pengeluar horologi yang bijak mengubah trend semasa.

Jam tangan ini memberi mood yang lebih bold dan girang pada pengumpul horologi. Buat taruhan yang terkini, jam tangan La Grande Classique De Longines diserikan dengan rona monokorom daripada tali serta dan permukaan dail. Ia dipersembahkan dalam lima rona yang mempunyai attitude yang berbeza-beza. Pilihannya adalah carmine red, spring green, classic black, burnt orange dan cobalt blue.

Jam Longines yang klasik ini diperkenalkan pada 1992 dengan rekaan bersifat halus serta mempunyai dail yang lebar. Ia memberi makna baharu dalam simbol elegan dan timeless ketika itu. Kini, dengan taruhan terbaru rekaan jam tangan ini lebih segar dengan dail berlebar 29 mm dan dikelilingi 44 butir berlian Top Wesselton. Bukan sahaja cantik, malah mampu bertahan ke 30 meter dalam air membuktikan daya teknologi Longines.

See also
Interpretasi Elemen Feminin Franck Muller Melalui Vanguard Lady

Pautan Berkaitan: Longines DolceVita Indah Berona Paling Elegan