Use your ← → (arrow) keys to browse
Pengumuman itu mengundang ucapan tahniah dan kiriman doa daripada ahli keluarga serta rakan terdekat.
Kim dan Khloe Kardashian meninggalkan beberapa emoji di ruangan komen sebagai tanda sokongan, manakala Kourtney pula menulis, “Kehidupan ibu kepada dua cahaya mata,” berserta emoji hati berwarna merah.
Ibunya, Kris Jenner memberi komen ringkas, “Angel Pie,” manakala bapanya, Caitlyn Jenner berkongsi pengumuman tersebut di Instastory berserta kapsyen, “Saya sayangkan kamu @kyliejenner!”.
Kylie dan Travis mula menjalin hubungan pada 2017 namun berpisah dua tahun kemudian. Mereka kembali bercinta pada tahun lalu sebelum usahawan itu mengumumkan kehamilannya pada bulan September dan menganjurkan parti sambutan bayi pada bulan Disember.