"Ketika saya baharu bermula, saya tidak mempunyai sesiapa yang mempunyai karier muzik yang boleh saya jadikan rujukan. ‘Who do I refer to?’”- Yuna dalam Coach Conversations - Glam Malaysia

“Ketika saya baharu bermula, saya tidak mempunyai sesiapa yang mempunyai karier muzik yang boleh saya jadikan rujukan. ‘Who do I refer to?’”- Yuna dalam Coach Conversations

International superstar, Yuna bersama model, Paloma Elsesser berkongsi cerita mengenai budaya, komuniti dan juga kreativiti dalam episod ketiga Coach Conversations yang dihoskan oleh penulis dan entrepreneur, Meena Harris.

Setiap bulan, Coach akan mempersembahkan siri Youtube dengan penampilan istimewa daripada rakan-rakan label ikonik kota New York itu. Setiap episod Coach Conversations akan membincangkan perihal budaya, komuniti dan juga kreativiti. Dan eksklusif untuk episod ketiga, siri ini menampilkan international superstar, Yuna bersama model, Paloma Elsesser yang dihoskan oleh penulis dan dan entrepreneur, Meena Harris.

Paloma Elsesser, Meena Harris & Yuna.

Kali ini, tiga wanita penuh inspirasi itu berbicara mengenai representation, intersectionality dan juga autonomi dalam sistem patriarki. Episod ini dikeluarkan bersempena dengan sambutan Women’s History Month. Yuna bersama Paloma Elsesser dan Meena Harris bersama-sama membincangkan kepentingan untuk mempunyai variasi model peranan yang berlainan, bagaimana mereka menonjolkan diri dalam persekitaran profesional, serta berkongsi nasihat yang akan diberikan kepada diri mereka sendiri yang dulu (dan masa depan).

See also
Windows Of The Future, Aktiviti Terkini Kelestarian Coach

Yuna

“Ketika saya baharu bermula, saya tidak mempunyai sesiapa yang mempunyai karier muzik yang boleh menjadi rujukan. ‘Who do I refer to?’” bicara Yuna. “Mungkin sekarang saya boleh menjadi seseorang yang saya selalu mahukan, yang saya perlu ketika saya muda dulu,” tambah bintang yang popular dengan lagu hit seperti “Crush”, “Forevermore” dan “Terukir Di Bintang” itu.

Paloma Elsesser

“Representation tidak hanya membuat saya berasa senang, ianya imperatif. Ia adalah keperluan,” kata Paloma Elsesser. “Tetapi perjalanan ini masih jauh untuk kita capai, dan saya percaya ia tidak akan berhenti bersama saya. It better not,” tambahnya.

Meena Harris

“Kita tahu anda tidak boleh menjadi seseorang anda tidak nampak,” kata Meena Harris dalam episod baharu dalam siri Coach Conversations. “Apa yang memberikan inspirasi pada saya ketika mula menulis buku-buku saya adalah dengan menghargai sendiri bersama ana-anak perempuan saya.”

Setiap episod siri Coach Conversations akan dilancarkan bersempena dengan momen yang utama seperti Black History Month dan Pride. Tonton episod ketiga yang menampilkan Yuna, Paloma Elsesser dan Meena Harris ini di sini.

See also
Dolla Hiasi Billboard Ikonik di Times Square New York

Foto: Coach Malaysia

Baca lebih lanjut: Negara Ini Dinobatkan Sebagai Negara Paling Gembira Di Dunia