Use your ← → (arrow) keys to browse
Sebelum ini menerusi wawancara bersama Telegraph pada 2019, Kendall berkongsi bahawa dia berasa rendah diri dan terasing kerana tidak mempunyai susuk seperti adik-beradik perempuannya.
“Mereka mempunyai payudara yang besar, saya pula sebaliknya. Membesar sebagai gadis kurus kering, saya sering terfikir, ‘Alamak, bukankah saya seharusnya memiliki susuk seksi seperti mereka?’ Saya terasa bagaikan tidak serasi berada dalam keluarga sendiri.”
Apabila peminat menulis ciapan di Twitter dua minggu lalu mengatakan foto-foto kempen SKIMS yang dibintanginya membuatkan mereka berasa rendah diri, Kendall mendedahkan perkara sebenar dan menjelaskan dia juga melalui hari yang teruk.
i am an extremely lucky girl. appreciative of all that i have. but i want you to know i have bad days too and that i hear you! you are beautiful just the way you are!!! it’s not always as perfect as it may seem ❤️ https://t.co/JcdrlR0hF9
“Saya merupakan gadis yang sangat bertuah. Saya hargai semua yang saya miliki. Tetapi saya mahu anda tahu bahawa saya juga melalui hari-hari yang buruk dan saya faham situasi anda. Anda cantik dalam cara tersendiri! Diri saya tidak selalunya sempurna seperti yang anda lihat,” tulisnya.