Kehlani Muncul Dengan Lagu Baru, Tanda Sokong Ke Atas Palestine
Kehlani Muncul Dengan Lagu Baru, Tanda Sokong Ke Atas Palestine

Kehlani Muncul Dengan Lagu Baru, Tanda Sokong Ke Atas Palestin

Penyanyi dan penulis lagu Amerika, Kehlani tidak asing lagi dengan semangat solidairitinya terhadap Palestin. 

Kehlani ialah salah seorang selebriti yang tidak pernah gagal menyuarakan pendapatnya tentang Palestin. Bukan sahaja di media sosial, malah dia juga aktif dalam menyertai solidariti. Dia juga sentiasa mengajak rakan selebritinya untuk tidak berdiam diri dalam menyuarakan pendapat mereka. Di dalam video muzik terbarunya, ‘Next 2 U’, Kehlani tidak teragak-agak untuk menunjukkan tanda sokongnya terhadap rakyat Palestin. 

Penyanyi R&B itu juga menulis di laman media sosialnya bahawa dia agak gementar dan takut sebagai seorang selebriti yang menyuarakan pendapatnya dengan kuat. Dilancarkan pada 31 Mei 2024, video muzik lagu daripada album terbarunya, Crash, dibuka dengan introduksi puisi daripada seorang penyajak Palestin-Amerika, Hala Alyan.“Keep your moon / We have our own / Keep your army / We have our name / Keep your flag / We have fruit and in / All the right colours.” dan disambung dengan “Long live the intifada.” Ayat yang berkuasa itu memberi impak kepada penonton yang baru sahaja memulakan video muzik itu.

“Kami cuba untuk membuat senarai atas tanda menghormati nama beribu-ribu mangsa kanak-kanak yang terkorban. Senarai nama itu terlalu panjang sehingga senarai yang dilajukan tidak dapat dibaca dengan jelas.” adalah kenyataan yang diberikan oleh pasukan Kehlani di akhir video tersebut. Mereka juga menyeru penonton untuk mengambil masa sendiri untuk membaca senarai nama berikut. 

Baju Berinspirasikan Keffiyeh dan Bendera Palestin 

Kehlani dan para penarinya di dalam video muzik ‘Next 2 U’ kelihatan memakai busana yang diinspirasikan daripada Keffiyeh. Keffiyeh ialah salah satu busana simbolik Palestin. Tidak ketinggalan, mereka turut menari di hadapan bendera Palestin. Ini sebagai tanda sokongan mereka Palestin serta dalam menentang keganasan terhadap negara tersebut. 

Selain daripada Kehlani, selebriti popular seperti Macklemore, Bella Hadid, Nicola Coughlan juga Mark Ruffalo turut tidak henti menunjukkan tanda sokongan mereka terhadap Palestin.