Jennifer Lopez Bidas Netizen, “Ini Wajah Sebenar Saya!" - Glam Malaysia

Jennifer Lopez Bidas Netizen, “Ini Wajah Sebenar Saya!”

Jennifer Lopez muncul tanpa sebarang solekan di dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram, dan ia dengan pantas mengundang persoalan daripada netizen.

Penyanyi On the Floor berusia 51 tahun ini berkongsi video tutorial Disember 2020 versi penuh, dia mana Jennifer Lopez dilihat mencuba beberapa produk JLo Beauty pada wajah sendiri.

Klip tersebut mengundang perhatian seorang netizen yang sempat menyelit komen, “Kening dan dahi anda tidak bergerak langsung ketika bercakap atau memberi ekspresi… Saya pasti anda dapatkan suntikan botoks yang banyak. Saya sekadar meluahkan sahaja.”

Tanpa perlu menunggu lama, Jennifer Lopez membidas kenyataan tersebut. “LOL itu wajah sebenar saya!!! Untuk kali ke-500 juta, saya tidak pernah mendapatkan botoks atau apa-apa suntikan mahupun pembedahan. Sekadar meluahkan sahaja.”

Tunang kepada Alex Rodriguez ini kemudian mencadangkan agar netizen tersebut mendapatkan JLo Beauty untuk berasa yakin dengan kulit sendiri. Juga tip terakhir daripadanya, “Cuba luangkan masa menjadi lebih positif, baik hati dan menaikkan semangat orang lain. Jangan buang masa cuba menjatuhkan orang lain. Itu akan menjadikan anda lebih awet muda dan cantik!!!”

See also
Penghormatan Penuh Emosi Daripada John Travolta Buat Bintang Grease, Olivia Newton-John

Ini bukan kali pertama JLo dituduh mendapatkan suntikan botoks. Disember tahun lalu, selepas berkongsi rejimen penjagaan kulit bersama peminat atas talian, pengikut memenuhi ruangan komen yang berbunyi, “Botox galore!”. Dia membidas, “Saya tidak pernah menyuntik botoks. Ini rahsia penjagaan kulit sebenar saya.”

Sebelum JLo Beauty dilancarkan, pemenang Billboard Icon Award ini mendedahkan bekas teman lelakinya pernah memintanya memulakan rawatan botoks ketika dia berusia 20-an selepas melihat satu garisan halus di dahinya. Namun dia menolak.

Sebaliknya, dia menggunakan senjata rahsia: “Ibu saya pernah berkata bahawa minyak zaitun adalah penawar segalanya,” katanya kepada Vogue. Disebabkan itu, JLo membariskan Olive Complex di dalam rangkaian produk kecantikannya.

Foto: Thesun.co.uk

Baca: JLo Anjur Afterparty Secara Maya Pada Malam Tahun Baru