Jenama Gaya Hidup Milik 4 Bintang Asia Terkenal - Glam Malaysia
Jenama Gaya Hidup Milik 4 Bintang Asia Terkenal

Jenama Gaya Hidup Milik 4 Bintang Asia Terkenal

Ramai bintang Hollywood menceburi dunia keusahawanan dan melancarkan jenama gaya hidup yang sangat berjaya.

Usaha niaga ini bukan sahaja memberi pulangan hebat buat pengasasnya tetapi juga mengukuhkan asas untuk empayar perniagaan yang mampu bertahan lama. Selebriti Asia juga tidak ketinggalan mengasaskan jenama gaya hidup sendiri.

Daripada menjadi duta atau wajah jenama fesyen atau kecantikan, mereka memilih untuk menyertai gelombang keusahawanan sekali gus menjana pendapatan besar.

Ini barisan usahawan selebriti Asia yang memiliki jenama gaya hidup sendiri

 

G-Dragon

Kwon Ji Yong atau lebih dikenali sebagai G-Dragon bukan sahaja terkenal sebagai ‘Raja K-Pop’ tetapi juga ikon fesyen dikagumi. Dia merupakan artis K-Pop pertama dijemput ke Minggu Fesyen Paris dan fotonya dirakam Karl Lagerfeld untuk tiga sampul Vogue pada 2016.

Justeru apabila dia melancarkan jenama fesyen jalanan dan gaya hidup Peaceminusone, ia meraih sambutan hebat daripada peminat.

Foto: Instagram

Menggabungkan pengaruh fesyen, seni dan muzik, Peaceminusone menawarkan rangkaian luas termasuk kemeja-T grafik, hoodie dan seluar sehingga aksesori bergaya seperti topi, beg, barang kemas dan kasut. Potongan avant-garde mencerminkan pertalian haute couture jenamanya.

See also
Putera Harry Dedah Persamaan Meghan Markle & Mendiang Puteri Diana

Sejak itu jenama ketua kumpulan BigBang ini menjadi popular di kalangan selebriti bukan sahaja di Korea tetapi juga seluruh dunia. Antara ikon terkenal yang pernah menyarung jenama ini adalah Bella Hadid, J Balvin, Mbappé dan Neymar.

 

Priyanka Chopra Jonas

Bintang Bollywood yang menjadi rebutan pengarah Hollywood ini mempunyai antara ‘mahkota’ paling dicemburui dalam industri. Memanfaatkan rambutnya yang tebal dan menawan, Priyanka Chopra Jonas melancarkan Anomaly, jenama produk penjagaan rambut pada tahun 2022.

Ia menggunakan bahan aktif semula jadi dengan warisan India seperti minyak kelapa dan buluh serta bungkusan mesra alam yang diperbuat daripada sisa kitar semula.

Foto: Instagram

Walaupun Anomaly merupakan pendatang baru dalam pasaran jenama gaya hidup selebriti, ia menunjukkan prestasi yang sangat baik. Tahun lalu ia memperoleh RM2.4 bilion, menjadikannya jenama kecantikan selebriti kedua paling berjaya di dunia selepas Fenty Beauty (Rihanna).

Anomaly berjaya menewaskan jenama terkenal seperti Kylie Cosmetics milik Kylie Jenner dan Rare Beauty milik Selena Gomez.

See also
Flock's Sunday Brunch: Pengalaman Terbaik Oleh W Hotel Kuala Lumpur

 

Jay Chou

Pelakon Taiwan dan aktor The Green Hornet ini mengasaskan Phantaci, jenama fesyen jalanan mewah yang menggabungkan reka bentuk edgy dan warna-warna cerah.

Terkenal dengan kasut edisi terhad, koleksi pakaian menarik perhatian dan kerjasama kreatif dengan jenama gaya hidup lain, Phantaci telah membuka beberapa butik sejak 2006.

jenama gaya hidup selebriti asia

Foto: Instagram

Tahun lalu jenama ini turut berkembang ke dunia seni digital. Ia mengeluarkan koleksi NFT pertama, PhantaBear – koleksi patung beruang dalam pakaian jalanan versi miniatur Phantaci. Setiap satu NFT berharga melebihi RM4,600 dan berjaya dijual dalam masa kurang 40 minit.

 

Naomi Osaka

Bintang tenis Jepun berstatus selebriti dan juara grand slam empat kali ini meraih kejayaan besar apabila melancarkan barisan produk tabir suria untuk kulit tinggi melanin pada tahun 2021.

Pencinta kecantikan menyukai formulasinya yang bersih dengan bahan-bahan berkesan, serta misinya untuk mendidik pengguna tentang penggunaan produk perlindungan matahari yang tepat.

jenama gaya hidup selebriti asia

Foto: Instagram

Dinamakan sebagai Kinlo, gabungan warisan Jepun dan Haiti bintang tenis itu, ia menawarkan produk seperti tabir suria, pelembap berwarna, losen badan dan pelembap gel. Barisan produk inovatif ini meraih sambutan hebat sehingga mencuri perhatian syarikat runcit gergasi, Walmart.

See also
GLAM Akses: G-Dragon Bersiap ke Chanel Cruise 2023

Ia kini dijual secara dalam talian dan di 2,500 kedai runcit Walmart di seluruh negara.

 

Foto: Instagram/Getty Images

Baca: 7 Jenama Kecantikan Terkenal Milik Selebriti Lelaki